Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Saturday, June 30, 2012

Memburu Hantu Atau Jin


Aktiviti memburu hantu di Malaysia kini semakin popular malahan di seluruh dunia turut ghairah mencari fakta,merakam gambar serta video mengenai hantu. Pelbagai gadget atau alat-alat untuk mencari hantu dicipta. Namun kita sebagai umat Islam yakini bahawa hantu itu adalah jin.

Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan Allah dari api dan keberadaannya tersembunyi, tidak dapat dilihat oleh mata kita (manusia). Sesuai dengan nama yang telah diberikan Allah kepadanya, iaitu Jin. Yang berasal dari kata, "Janna-Yajannu" yang bermaksud menutup / menyembunyikan. (Kamus al-Munawwir: 215)

Prof. Dr. M. Quraish Shihab berkata, "Apabila jin berubah bentuk, maka anda dapat menangkap dan membunuhnya, kerana pada saat seperti itu, ia tidak dapat berlepas diri dari hukum alam yang berkaitan dengan manusia. Itulah sebabnya, semasa Rasulullah diganggu oleh jin yang berbentuk manusia, beliau bermaksud menangkap dan mengikatnya di tiang masjid agar dapat dilihat orang banyak. "(Buku; Yang Tersembunyi: 46-47, dan dia menukil penjelasan Syeikh M. Mutawalli Sya'rawi dalam Kitab as-Sihru wal Hasad).
 
Secara fizikalnya belum ada yang dapat membuktikan ia wujud. Secara imaginasinya hasil daripada pengalaman pertemuan dalam interaksi insan yang dirasuk makhluk halus, itulah yang paling banyak boleh digambarkan.

Banyak orang menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat bukti nyata, seperti memasang kamera yang dihalakan di tempat-tempat yang didakwa ada makhluk halus, dikumpulkan beberapa orang di tempat tertentu dan mereka berkomunikasi dengan makhluk ini, semuanya berlaku sekadar imbasan, bunyian, bayangan dan rupa paras yang tidak pasti.


Dalam istilah Arab, hal-hal yang sedemikian ini disebutkan sebagai al-ashbaah atau bayang-bayang. Seolah-olah masyarakat Arab menggambarkan makhluk halus tidak lebih dari bayang-bayang yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang.


Maka dengan itu, sampai ke peringkat ada yang tidak mempercayai makhluk halus wujud kerana tidak pernah dilihat secara fizikal dalam sejarah sama ada dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.

Walaupun jin itu makhluk yang tersembunyi, wujud aslinya tidak boleh dilihat oleh mata, namun kita harus percaya bahawa mereka ada. Dan itu masuk bahagian dari iman kepada yang ghaib. Allah telah mencipta mereka untuk beribadah kepada-Nya, sebagaimana Dia menciptakan manusia.

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. "(QS. Al-Hijr: 26-27).

Allah telah berfirman, "Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (QS. Adz-Dzariyat: 56).

Jin jahat (Iblis dan syaitan) adalah musuh manusia. Oleh kerana itu kita tidak usah disibukkan diri dengan memburu dan mengejar mereka. Kalau boleh jangan berharap bertemu dengan syaitan atau jin. Mohonlah kepada Allah agar terhindar dari kejahatan mereka. Namun jika mereka menyerang dan mengganggu kita, maka kita harus melawan dan jangan takut, kerana Allah bersama sentiasa kita.
 
P/s :  Adapun menolak mentah-mentah adanya makhluk itu, menafikan kewujudan mereka, ertinya mereka menafikan benarnya Al-Quran. Namun anda harus berhati-hati dalam melakukan aktiviti memburu hantu kerana Agar kita tidak terjebak dalam tipu muslihat syaitan, Jawapannya tidak lain tidak bukan, hanyalah ingin menyesatkan kita dari jalan yang benar, yang kelak Iblis boleh punya teman yang sebanyak-banyaknya dalam neraka Jahannam yang telah dijanjikan Allah

Wallohu A‘lam bish Showab.

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us