Kelebihan Air Wuduk - 8 penjelasan jadikan pedoman
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini"
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintas titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan ;
"Ya Allah, bawakanlah daku ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasan : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment