Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Tuesday, August 28, 2012

Alahan Makanan @ Mangsa Ilmu Ilmu Hitam

Adakah anda:

KUALA TERENGGANU: Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam?

Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat bola sepak Terengganu selepas penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.

Sharbinee yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang selepas pitam seketika di padang pada separuh masa kedua dikatakan mengalami alahan makanan atau ubat walaupun penjaga gol berusia 25 tahun terbabit mengaku yang dia tidak alah langsung kepada sebarang makanan termasuk udang yang dimakannya sebelum perlawanan.

Dia yang dihubungi semalam mengakui masih samar dengan apa yang berlaku tetapi tidak mahu berfikir terlalu jauh termasuk kemungkinan menjadi mangsa ilmu hitam.

“Saya juga tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya ketika diserang kegatalan amat sangat walaupun diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa itu cuma reaksi alahan daripada makanan atau ubatan yang saya ambil.

“Saya tidak mahu memikirkan soal sama ada saya dikhianati dengan ilmu hitam kerana ketika ini saya sudah hampir pulih sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan Piala Malaysia menentang Kedah esok (hari ini),” katanya.
Jurulatih Terengganu, Peter Butler berkata, dia belum membuat keputusan sama ada menurunkan Sharbinee dalam kesebelasan utama di Alor Setar, esok.

“Saya juga hairan dengan kejadian menimpa Sharbinee kerana sepanjang pembabitan saya sebagai pemain dan jurulatih di dalam dan luar negara, belum pernah saya melihat seorang pemain terpaksa dikeluarkan daripada permainan kerana mengalami masalah alahan makanan,” katanya.
Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh pula berkata, apa yang penting Sharbinee dapat dirawat segera dan kini hampir pulih sepenuhnya.

“Tidak ada gunanya sekiranya kami menyangka ada perbuatan khianat dalam kejadian itu kerana segalanya sudah selesai dan kami hanya ingin menumpukan perhatian kepada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain Terengganu dan Singapura pada 1950-an, Yaacob Salleh berkata, kejadian yang berlaku ke atas Sharbinee akan cepat dikaitkan dengan ilmu hitam jika berlaku di eranya.

“Penggunaan bomoh pada masa dulu memang sudah diketahui ramai namun sekarang di zaman serba moden ini, ramai yang sudah tidak percaya dengan bomoh lagi.

“Tetapi itu tidak bererti bahawa bomoh dan ilmu hitam sudah tidak digunakan lagi sekarang kerana selagi manusia bernama manusia dan rasa tidak puas hati tidak hilang di hati mereka, selagi itulah khidmat bomoh-membomoh ini tidak akan hilang,” katanya.

Seorang lagi bekas pemain negeri yang enggan dikenali berkata, sehingga kini masih ada pasukan bola sepak menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan kelebihan buat mereka dalam perlawanan.

“Saya sendiri pernah melihat bomoh yang digunakan oleh satu pasukan bola sepak berjalan mengelilingi padang dan berada dalam pintu gol beberapa jam sebelum perlawanan bermula,” katanya.

Sumber : Harian Metro 28/08/2012

P/S : Selagi masih ada lagi manusia bersifat PHD maka khidmat bomoh tetap diperlukan.

Tuesday, August 14, 2012

Pinjam Wang Secara Ghaib

Adakah anda:


JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengaku pengamal perubatan tradisional kononnya menyediakan rawatan Islam berasaskan al-Quran, mengenakan syarat pelik iaitu perlu meminjam wang pelanggannya secara ghaib bagi mengupah jin untuk memulihkan rumah mereka daripada gangguan makhluk halus.

Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit menyatakan wang RM6,450 itu muncul kembali dalam al-Quran yang dibalut dan dijahit dengan kain kuning pada hari raya nanti di rumah pelanggannya di sebuah perkampungan di Ayer Baloi, Pontian, dekat sini.

Menceritakan helah wanita berketurunan Orang Asli itu, Juminah Basir, 57, berkata pada awalnya pengamal perubatan terbabit meminta keluarganya menyediakan wang berkenaan untuk memenuhi syarat bagi upacara di rumah mangsa.

Menurutnya, wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang itu selepas selesai upacara membersihkan rumahnya daripada gangguan makhluk halus.

“Pada 11 pagi pada 25 Julai lalu, saya bersama suami dan adik perempuan membawa wanita itu dari rumahnya di Kampung Parit Asam Kumbang Laut di Benut, Pontian, ke rumah kami di Kampung Ayer Baloi.


Sumber : Harian Metro 14/08/2012

P/s : Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Carilah Pengamal Perubatan Tradisional yang mengamal kaedah rawatan secara Islam yang benar dan diyakini. Tanpa perlu meminta bantuan jin.

Monday, August 13, 2012

12 Hikmah Puasa

Adakah anda:

 

Ramadhan akan bakal meninggalkan kita, namun masih ada orang belum memahami apakah hikmah di sebalik puasa. Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga yang tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak kurang 12 jenis hikmah iaitu:

1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.

2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.

3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.

4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.

5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."

6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan.

7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."

8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.

9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.

10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.

11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.

12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban.

Sumber : Buku Keajaiban Ramadan (Jaffar Siddiq)

Wednesday, August 8, 2012

Kelebihan Ayat Ruqyah

Adakah anda:

Kelebihan ayat Ruqyah. Amalkan ayat ruqyah berikut setiap hari selepas subuh dan Maghrib, baik juga sebagai wirid harian. Selepas Isyak baca Ratib Al Haddad. Setiap lepas subuh juga dan Asar, baca Wirdul Latif. Website Ratib Al Haddad dan Wirdul Latif dibawah ini:

Ratib Al Haddad susunan Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad. Ayat-ayat Ruqyah (ayat-ayat untuk masalah gangguan sihir):
  1. Baca Ta'wuz yakni baca : A'udzubillah hingga habis
  2. Baca : A'uudzubikalimaatillaahit taammaati min syarri maa khalaq (3x)
  3. Bismillaahilladzie laa yadhurru maa 'a'smihi shai’un fil ardhi wa laa fis-samaa'i wa huwas samii ‘ul ‘aliim. (3 x)Tiga ayat atas untuk orang yang mengubati pagar diri. Boleh juga bagi orang yang terkena sihir.
  4. Basmallah biasa
  5. Al Fatihah
  6. Ayat 1-5 Al Baqarah
  7. Ayat 102 Al Baqarah
  8. Ayat 163-164 Al Baqarah
  9. Ayat 225 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
  10. Ayat 285-286 Al Baqarah
  11. Ayat 18-19 Ali Imran
  12. Ayat 54-56 Al 'Araaf
  13. Ayat 117-122 Al 'Araaf
  14. Ulang ayat 120 Al 'Araaf (30 x)
  15. Ayat 81-82 Surah Yunus (7 x)
  16. Baca: Innallaaha sayub-thiluh (70 x) (ini sebahagian ayat dari ayat 80 surah Yunus)
  17. Ayat 69 surah Taahaa (7 x)
  18. Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
  19. Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
  20. Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
  21. Baca: Yaa qaumanaa Ajiibuu daa'iyallaah (7 x) (ini sebahagian ayat dari ayat 31 surah Al Ahqaf)
  22. Ayat 33-36 surah Ar Rahman
  23. Ayat 21-24 surah Al Hasyr
  24. Ayat 1-9 surah Jinn
  25. AL Ikhlas
  26. Al Falaq
  27. An Naas
Ayat Ruqyah susunan Imam Hassan Al Banna.

Cubalah dengan ikhlas dan yakin dengan kekuasaan Allah.

Sumber :  http://www.alhawi.net/

Thursday, August 2, 2012

Sejarah Malam Lailatul Qadar

Adakah anda:
http://4.bp.blogspot.com/-TqhlV-ccpOA/Tkx87UYMq6I/AAAAAAAAANs/1umZK_KI2SY/s1600/lailatulqadar.jpg

Pada suatu ketika Malaikat Jibril menceritakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kisah seorang lelaki pada Zaman Bani Israil yang berjuang fisabilillah terus menerus selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun. Pada malam hari lelaki itu akan mengerjakan ibadah dengan tekun dan pada siang hari dia berjuang melawan musuh yg merosakkan agamanya.

Nabi sendiri kagum mendengar kisah itu, dan terus menceritakan pula kisah itu kepada para sahabatnya. Mereka semua merasa kagum dan terharu memikirkan betapa besarnya amal pahala yg diperolehi lelaki itu di sisi Allah S.W.T.
Didorong oleh hasrat dan keinginan agar Umatnya dapat pula memiliki nilai yang demikian tingginya itu, maka Baginda berdoa kepada allah S.W.T.

" Ya Tuhanku! Telah Engkau ciptakan umatku pendek-pendek umurnya dan sedikit amalnya."

Sebagai jawapan atas munajat Rasulullah itu, maka Malaikat Jibril diperintahkan Allah menyampaikan Wahyu yang tersimpul dalam Surah Al-Qadr. Pada ayat tersebut diterangkan bahawa Allah S.W.T. mengurniakan kepada Umat Muhammad 1 malam yang istimewa, yang penuh keberkatan. Keistimewaan itu ialah, apabila umat Muhammad mengerjakan ibadah pada malam itu, maka pahalanya bersamaa dengan pahala beribadah selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.

Siapakah lelaki Bani Israil itu?

Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.

Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.

Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"

Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."

Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.

Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.

Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.

Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.

[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]

Like & Share with us