JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengaku pengamal perubatan 
tradisional kononnya menyediakan rawatan Islam berasaskan al-Quran, 
mengenakan syarat pelik iaitu perlu meminjam wang pelanggannya secara 
ghaib bagi mengupah jin untuk memulihkan rumah mereka daripada gangguan 
makhluk halus.
 Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit menyatakan wang 
RM6,450 itu muncul kembali dalam al-Quran yang dibalut dan dijahit 
dengan kain kuning pada hari raya nanti di rumah pelanggannya di sebuah 
perkampungan di Ayer Baloi, Pontian, dekat sini.
 Menceritakan helah wanita berketurunan Orang Asli itu, Juminah 
Basir, 57, berkata pada awalnya pengamal perubatan terbabit meminta 
keluarganya menyediakan wang berkenaan untuk memenuhi syarat bagi 
upacara di rumah mangsa.
 
Menurutnya, wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang itu selepas selesai upacara membersihkan rumahnya daripada gangguan makhluk halus.
Menurutnya, wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang itu selepas selesai upacara membersihkan rumahnya daripada gangguan makhluk halus.
“Pada 11 pagi pada 25 Julai lalu, saya bersama suami dan adik perempuan membawa wanita itu dari rumahnya di Kampung Parit Asam Kumbang Laut di Benut, Pontian, ke rumah kami di Kampung Ayer Baloi.
Sumber : Harian Metro 14/08/2012
P/s : Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Carilah Pengamal Perubatan Tradisional yang mengamal kaedah rawatan secara Islam yang benar dan diyakini. Tanpa perlu meminta bantuan jin.


No comments:
Post a Comment