
Pada suatu ketika Malaikat Jibril  menceritakan kepada Nabi Muhammad 
S.A.W. Kisah seorang lelaki pada Zaman Bani  Israil yang berjuang 
fisabilillah terus menerus selama 1000 bulan atau  lebih kurang 84 
tahun. Pada malam hari lelaki itu akan mengerjakan ibadah  dengan tekun 
dan pada siang hari dia berjuang melawan musuh yg merosakkan  agamanya.
Nabi sendiri kagum mendengar kisah itu, dan terus menceritakan pula kisah itu kepada para sahabatnya. Mereka semua merasa kagum dan terharu memikirkan betapa besarnya amal pahala yg diperolehi lelaki itu di sisi Allah S.W.T.
Didorong oleh hasrat dan keinginan agar Umatnya dapat pula memiliki nilai yang demikian tingginya itu, maka Baginda berdoa kepada allah S.W.T.
Nabi sendiri kagum mendengar kisah itu, dan terus menceritakan pula kisah itu kepada para sahabatnya. Mereka semua merasa kagum dan terharu memikirkan betapa besarnya amal pahala yg diperolehi lelaki itu di sisi Allah S.W.T.
Didorong oleh hasrat dan keinginan agar Umatnya dapat pula memiliki nilai yang demikian tingginya itu, maka Baginda berdoa kepada allah S.W.T.
" Ya Tuhanku! Telah Engkau ciptakan umatku pendek-pendek umurnya dan sedikit amalnya."
Sebagai jawapan atas munajat Rasulullah itu, maka Malaikat Jibril diperintahkan Allah menyampaikan Wahyu yang tersimpul dalam Surah Al-Qadr. Pada ayat tersebut diterangkan bahawa Allah S.W.T. mengurniakan kepada Umat Muhammad 1 malam yang istimewa, yang penuh keberkatan. Keistimewaan itu ialah, apabila umat Muhammad mengerjakan ibadah pada malam itu, maka pahalanya bersamaa dengan pahala beribadah selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan  
musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan  
sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah  
tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang
  kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat  
suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat  itu untuk mengikat 
suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun,  ketika Sya'mun sedar 
daripada tidur dan menggerakkan badannya semua  tali itu putus dengan 
mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu  menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya  menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah 
mereka memberi  rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk 
mengikatnya sekali lagi.  Namun, ikatan besi pada badan Syam'un 
diputuskan dengan amat mudah  sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, 
dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang  
kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal  
tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un  
bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian  
rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada  
isterinya apabila ditanya.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un  mempunyai lapan helai janggut 
yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika  beliau tidur, si isteri 
mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan  janggutnya tersebut. 
Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat  penyeksaan dan 
penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta  dengan satu tiang.
 Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua  telinganya dan
 bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan 
 untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan  
tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un  
melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan
  menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh  
menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.
[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]

No comments:
Post a Comment