Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Saturday, May 12, 2012

Belalang Pelesit


Pernah anda menemui pelesit? Mungkin sesetengah dari anda tidak mengenal dengan binatang yang mempunyai kaitan dengan perkara-perkara mistik ni.. Sebelum tu, mari semak info mengenai pelesit yang ditemui dari wikipedia :-
Pelesit dikatakan sejenis makhluk halus yang berkemungkinan dari golongan jin/ syaitan yang dipelihara oleh seseorang pengamal ilmu hitam. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Pelesit ini dikatakan menjelma seperti belalang pelesit, yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus dan memasuki rumah mangsa serta menyerang dan menghisap darah mangsa. Tugas pelesit ini sebagai peninjau bomoh untuk memperhatikan keadaan si mangsa serta mengugat ketenteraman hidup kita!
Belalang pelesit akan mengeluarkan bunyi yang bising jika berada di dalam atau luar rumah. Tentu anda pelik tetapi jangan terperdaya kerana ia mampu menyerupai seperti sejenis belalang biasa cuma terdapat perbezaan dengan belalang biasa ialah kepala, terdapat tanda merah di atas kepalanya dan kakinya, berbentuk lurus dan bukan berbentuk V sebab dia tak boleh melompat macam belalang biasa. Belalang pelesit digunakan oleh pihak tertentu sebagai peninjau atau perantara. Namum tidak semua belalang itu adalah pelesit.
Cara mengatasinya :
1.)    Cabut kepalanya dari badan secara perlahan-lahan.
2.)    Perhatikan teliti, pasti terdapat rambut si bomoh tersebut.
Cara lain, simpan belalang pelesit tu di dalam botol. Pasti terseksa si bomoh tu…

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us