Perkara ini saya sering alami ketika anak saya masih kecil ketika berusia 3-6 bulan. Susu sudah diberi,lampin sudah ditukar,perut pun tidak kembung,bayi anda kelihatanya sihat TETAPI kenapa ia asyik menangis tidak henti-henti tanpa sebab.Puas sudah dipujuk,masih tidak mahu berhenti ,ada juga ibubapa yang ,hilang kesabaran bila perkara seperti ini berlaku.Nasihat saya bersabar lah dan banyakkan beristighfar…..(jangan dimarahi atau mengapa-apakan bayi anda sebab besar kemungkinan bayi anda di ganggu makhluk halus @ jin/syaitan)
Perlu di ingat,naluri seorang bayi jika tiada gangguan hanya akan tidur dan mahukan susu. Jika ia menangis pun atas sebab sakit dan kebiasaanya kembung perut. Selain daripada sebab-sebab ini bayi anda berkemungkinan di ganggu makhluk halus.
Bagi memastikan perkara ini,cuba anda perhatikan betul-betul beberapa tanda-tanda ini:-
1.Ada kah matanya melilau melihat sekeliling
2.Adakah ia menangis tetapi tiada airmata
3.Menangis seolah-olah seperti di cubit,
4.Menangis dalam keadaan takut,
5.Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
6.Tidur di selang seli dengan tangisan
7.Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
Sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, kemungkinan besar bayi anda di ganggu makhluk halus
Setelah memastikan perkara ini,anda harus tingkatkan lagi kesabaran dan memohon perlindungan Allah SWT dan melakukan beberapa ikhtiar yang mungkin dapat membantu.
Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( Al-Fatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Anda juga boleh menggunakan bawang putih @ lada hitam, sapu pada hujung kaki atau belakang telinga. Jika ada tindak balas berlaku seperti bayi menolak atau menendang bererti mahkluk tersebut cuba untuk meresapi bayi tersebut.
Jika anda tidak dapat melakukanya sendiri ,minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi sementara anda membaca ayat-ayat tadi diatas semangkuk air dan sapulah pada bayi (lakukan seperti mengambil wuduk pada bayi) atau..
Ambil semangkuk air campurkan 3 keping asam keping..bacakan Al-Fatihah 11 kali ,Selawat 11 kali dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi
InsyaAllah mudah-mudahan berjaya mengatasi gangguan makhluk halus/jin/syaitan
No comments:
Post a Comment