Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Saturday, June 30, 2012

Meminta Tolong Jin untuk Mengetahui Penyakit

Adakah anda:

Tidak boleh meminta bantuan jin untuk mengetahui penyakit yang hinggap atau cara mengubatinya. Kerana meminta pertolongan dari jin itu syirik, berdasarkan firman Allah:

"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan .." (QS. Al-Jin: 6)

Juga firman Allah:

"Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman):" Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia ", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia:" Ya Rabb kami, sesungguhnya sebahagian dari pada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami. "Allah berfirman:" Nerakalah tempat kediaman kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain). "Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-An'aam: 128)

Arti mengambil kesenangan sebahagian mereka dari yang lain adalah bahawa manusia memuliakan jin dan jin itu membantu mereka dalam hal yang mereka inginkan, serta mendatangkan apa yang mereka minta. Di antaranya adalah memberitahukan kepada mereka keadaan penyakit dan sebab-sebabnya yang hanya diketahui oleh jin dan tidak diketahui oleh manusia. Kadang-kadang mereka berdusta, kerana mereka memang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh mempercayai mereka.  

Wallahu A'lam.

Memburu Hantu Atau Jin

Adakah anda:

Aktiviti memburu hantu di Malaysia kini semakin popular malahan di seluruh dunia turut ghairah mencari fakta,merakam gambar serta video mengenai hantu. Pelbagai gadget atau alat-alat untuk mencari hantu dicipta. Namun kita sebagai umat Islam yakini bahawa hantu itu adalah jin.

Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan Allah dari api dan keberadaannya tersembunyi, tidak dapat dilihat oleh mata kita (manusia). Sesuai dengan nama yang telah diberikan Allah kepadanya, iaitu Jin. Yang berasal dari kata, "Janna-Yajannu" yang bermaksud menutup / menyembunyikan. (Kamus al-Munawwir: 215)

Prof. Dr. M. Quraish Shihab berkata, "Apabila jin berubah bentuk, maka anda dapat menangkap dan membunuhnya, kerana pada saat seperti itu, ia tidak dapat berlepas diri dari hukum alam yang berkaitan dengan manusia. Itulah sebabnya, semasa Rasulullah diganggu oleh jin yang berbentuk manusia, beliau bermaksud menangkap dan mengikatnya di tiang masjid agar dapat dilihat orang banyak. "(Buku; Yang Tersembunyi: 46-47, dan dia menukil penjelasan Syeikh M. Mutawalli Sya'rawi dalam Kitab as-Sihru wal Hasad).
 
Secara fizikalnya belum ada yang dapat membuktikan ia wujud. Secara imaginasinya hasil daripada pengalaman pertemuan dalam interaksi insan yang dirasuk makhluk halus, itulah yang paling banyak boleh digambarkan.

Banyak orang menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat bukti nyata, seperti memasang kamera yang dihalakan di tempat-tempat yang didakwa ada makhluk halus, dikumpulkan beberapa orang di tempat tertentu dan mereka berkomunikasi dengan makhluk ini, semuanya berlaku sekadar imbasan, bunyian, bayangan dan rupa paras yang tidak pasti.


Dalam istilah Arab, hal-hal yang sedemikian ini disebutkan sebagai al-ashbaah atau bayang-bayang. Seolah-olah masyarakat Arab menggambarkan makhluk halus tidak lebih dari bayang-bayang yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang.


Maka dengan itu, sampai ke peringkat ada yang tidak mempercayai makhluk halus wujud kerana tidak pernah dilihat secara fizikal dalam sejarah sama ada dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.

Walaupun jin itu makhluk yang tersembunyi, wujud aslinya tidak boleh dilihat oleh mata, namun kita harus percaya bahawa mereka ada. Dan itu masuk bahagian dari iman kepada yang ghaib. Allah telah mencipta mereka untuk beribadah kepada-Nya, sebagaimana Dia menciptakan manusia.

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. "(QS. Al-Hijr: 26-27).

Allah telah berfirman, "Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (QS. Adz-Dzariyat: 56).

Jin jahat (Iblis dan syaitan) adalah musuh manusia. Oleh kerana itu kita tidak usah disibukkan diri dengan memburu dan mengejar mereka. Kalau boleh jangan berharap bertemu dengan syaitan atau jin. Mohonlah kepada Allah agar terhindar dari kejahatan mereka. Namun jika mereka menyerang dan mengganggu kita, maka kita harus melawan dan jangan takut, kerana Allah bersama sentiasa kita.
 
P/s :  Adapun menolak mentah-mentah adanya makhluk itu, menafikan kewujudan mereka, ertinya mereka menafikan benarnya Al-Quran. Namun anda harus berhati-hati dalam melakukan aktiviti memburu hantu kerana Agar kita tidak terjebak dalam tipu muslihat syaitan, Jawapannya tidak lain tidak bukan, hanyalah ingin menyesatkan kita dari jalan yang benar, yang kelak Iblis boleh punya teman yang sebanyak-banyaknya dalam neraka Jahannam yang telah dijanjikan Allah

Wallohu A‘lam bish Showab.

Bolehkah Manusia Melihat Jin

Adakah anda:

Asy-Syaikh Muqbil Rahimahullahu ta'ala ditanya dengan konteks soalan seperti berikut:
 
Apakah ada manusia yang boleh melihat jin, sebagaimana yang disangka oleh sebahagian orang?

Beliau rahimahullahu menjawab:

Permasalahan jin adalah permasalahan yang cukup luas kalau kita mahu bercakap tentangnya. Orang-orang tua dahulu, mereka mempunyai banyak cerita banyak kisah tentang jin ini, tapi di antaranya ada yang benar dan di antaranya ada yang tidak benar. Akan tetapi, kami di sini berbicara berdasarkan firman Allah 'Azza wa Jalla dan sabda Rasulullah shallallahu' alaihi wa'ala aalihi wassalam. Allah berfirman:

Yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Kami mengarahkan kepadamu (wahai Muhammad) sekelompok jin, yang mana mereka mendengar Al-Quran. Tatkala mereka telah hadir di situ, mereka berkata: 'Diamlah kamu! Dengar Al-Quran. 'Dan ketika Al-Quran sudah selesai dibacakan, mereka pulang kembali ke kaum mereka untuk memberikan peringatan. "

Maka lahiriah ayat ini menunjukkan, bahawa boleh saja jin itu dilihat oleh manusia tetapi bukan dalam bentuk rupa asal mereka yang mereka diciptakan di atasnya. Adapun firman Allah Subhanallahu wa Ta'ala:

"Sesungguhnya iblis, dia melihat kalian, dia dan qabilahnya (pasukannya) melihat kalian wahai manusia, dari arah yang kamu tidak dapat melihat mereka."

Maka dalam ayat ini tidak terdapat penafian bahawa manusia boleh melihat jin. Akan tetapi ayat ini hanya menjelaskan bahawa jin-jin ini mampu untuk melihat manusia, sementara manusia tidak boleh melihat mereka.

Wallahu a'lam.

Wednesday, June 27, 2012

Ilmu Ladunni

Adakah anda:

Malam ini, kita berkongsi tentang Ilmu Ladunni, pasti ramai yang tidak mengetahui dan tidak memahami serta mengerti tentang ilmu tersebut. Seperti kita baca Al-Fatihah dalam solat, hanya baca barisan ayat tetapi tidak memahami dan mengerti maksud ayat tersebut. Jadi bagaimana Allah ingin membuka rahsia ilmuNya. Jadi hari ini saya berkongsi bersama pembaca semua dari artikel yang menjelaskan ilmu Ladunni.

Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu. Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat 282)

Ada riwayat dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

من عمل بما علم ورثه الله علم ما لم يعلم

“Sesiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, nescaya Allah akan wariskan kepadanya ilmu tentang apa yang ia tidak tahu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dari Anas r.a.. Menurut Abu Nu’aim, hadis ini dhaif. Lihat; Takhrij Hadis al-Ihya’ oleh Imam al-‘Iraqi).

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ilmu ada dua jenis;[1]

1. Ilmu Jali (ilmu yang nampak); iaitu ilmu yang terhasil melalui penglihatan, pendengaran (yakni mendengar perkhabaran yang benar) dan akal.

2. Ilmu Khafi (ilmu yang tidak nampak); iaitu ilmu yang tumbuh dalam hati yang suci iaitu hati orang yang bersih dirinya kerana taat kepada Allah dan membesar atas rezki yang halal.

Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah.[2]

Bukan sahaja ilmu, malah anugerah-anugerah yang lain juga akan dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa, antaranya dibukakan jalan pengelesaian bagi setiap masalah dan dilapangkan pintu rezki. Firman Allah;

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya (bagi setiap masalah yang dihadapinya). Dan Dia akan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (at-Talaq, ayat 2 dan 3).

Jadi, yang utama bukanlah ilmu ladunni itu, tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni. Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis yang menambahkan kesombongan diri dan perasaan diri hebat. Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya. Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya dan hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak yang tidak menyedari karamah yang ada pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka. Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.


P/S : Ilmu laduni adalah pemberian Allah SWT.Cuma kadang kadang ilmu laduni ini tidak boleh diceritakan kerana kefahaman dan pengetahuan bagi pihak pendengar akan mengatakan engkau adalah seorang yang menimbulkan fitnah. Kalau hendak mengenal Allah Taala. berzikirlah dengan menyebut nama Allah tanpa henti di dalam hati....nescaya anda akan melihat Allah. Itu pun atas keizinannya juga. Amalkan.

Misteri Dua Wajah

Adakah anda:


Edward Mordrake adalah Inggeris abad ke-19 yang dilahirkan dengan muka tambahan di belakang kepala dan leher. Muka ini tidak boleh bercakap atau makan, tetapi ia dilaporkan akan menangis dan ketawa.

Mordrake merayu kepada doktor untuk membuang muka, yang dia dipanggil "kepala setan," kerana dia berkata bahawa ia berbisik kepadanya pada waktu malam dalam bahasa Iblis. Doktor enggan kerana risiko kepada kehidupan Mordrake.

Mordrake membunuh diri pada usia agak dipertikaikan 23.

Pasqual Pinon, yang dikenali sebagai "Mexico Dua kepala," bekerja di sarkas tunjuk aneh pada awal tahun 1900. Sebelum kerja-kerja beliau dalam sarkas, beliau adalah seorang pekerja kereta api di Texas. Penganjur penghiburan perasan bahawa Pasqual mengalami tumor benigna yang besar di atas kepalanya. Penganjur yakin Pasqual untuk menyertai pertunjukan sarkas aneh dan mempunyai wajah palsu yang diperbuat daripada lilin yang diletakkan pada ketumbuhan Pasqual. (Terdapat beberapa laporan bahawa wajah palsu diperbuat daripada perak, yang telah pembedahan diletakkan di bawah kulit tumor.) Tahun kemudian, pengurus sarkas yang dibayar untuk operasi mempunyai tumor dikeluarkan, dan Pasqual berpindah semula ke Texas.

Misteri Bayi Hilang Dalam Kandungan

Adakah anda:

Hari ini, terlihat di akhbar mengenai "Misteri Bayi Hilang Dalam Kandungan". Sebenarnya kes seperti ini sudah banyak terjadi. Mesti ramai yang mempercayai dan mungkin yang mengatakan karut atau mustahil boleh hilang, bahkan lagi doktor juga masih mencari misteri jawapan ke manakah bayi itu hilang melalui sudut kedoktoran. Menurut cerita-cerita orang lama, ada juga yang mengatakan anak mereka diambil oleh jin @ bunian, Ternyata tiada yang pelik pada Allah SWT, Dia mampu melakukan apa saja yang pastinya mesti ada jawapanNya.

Persoalannya perut yang dikandungkan mengempis tanpa sebab menjadi rata dan seperti tidak pernah mengandung. Lalu kemanakah hilangnya janin tersebut???.

Soalan seperti ini pasti akan muncul dalam benak fikiran kita kejadian misteri ini. Berbeza jawapan doktor dengan jawapan dari ahli perawat perubatan rohaniah. Namun yang pasti bahawa kejadian seperti ini terjadi di seluruh dunia. Mungkin doktor menyebutkannya kehamilan maya atau dengan berbagai istilah. Namun perasaan seorang ibu ketika hamil dan proses pembesaran kandungan di dalam perut tidak boleh dinafikan. Bahawa janin akan membesar sehingga terbentuk menjadi bayi.

Memang sukar untuk difikirkan dengan logik kemanakah perginya bayi tersebut, Namun kita sebagai manusia tidak boleh menafikan bahawa banyak sangat kejadian yang tidak masuk akal yang terjadi. Semuanya adalah kebesaran Allah SWT. Hanya Dia yang mengetahui dengan pasti sebagaimana sifatNya.

Ada seorang perawat perubatan rohaniah menggambarkan kejadian hilangnya janin yang dalam kandungan sebagai mimpi pada ibu bayi tersebut, ada juga orang-orang tua bayi tersebut diambil oleh orang bunian.  Dan ada juga ilmu hitam yang digunakan untuk menyedut atau menghisap janin yang masih dalam kandungan kerana dapat menguatkan ilmu pengamal ilmu hitam dengan menyuruh makhluk belaannya memakannya. Dengan bantu jin, hal itu boleh diterjadi. Oleh itu tidak aneh jika seseorang yang tengah hamil tiba-tiba kempis dan bayi hilang dalam kandungannya. Maka kita harus selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Membaca suruh-surah serta doa agar bayi lahir selamat. Memohon semoga terhindar serta berserah segalanya pada Allah SWT.

P/S : Kisah bayi hilang ketika masih dalam kandungan adalah urusan Allah. Inilah yang dikatakan sebagai Qada dan Qadar yang wajib kita imani. Sesungguhnya Allah ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita hilang. Doalah, insyaAllah akan dikabulkan kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. 

Tuesday, June 26, 2012

Bomoh Bunuh Anak Sendiri

Adakah anda:

BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya.

Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.

Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.

Sumber : Harian Metro 26/06/2012

3 Mangsa Dibunuh Kerana Amalkan Ilmu Hitam

Adakah anda:
Perkampungan Kherra-Dipatolli Selatan Jharkhand India

RAIPUR (India): Penduduk Kampung di Jharkhand, membunuh seorang lelaki dan dua anak remaja lelakinya kerana dituduh mengamalkan ilmu sihir.

Ketua Polis Daerah, Jatin Narwal berkata, ketiga-tiga mangsa ditetak di kepala Jumaat lalu oleh orang ramai di Kampung Kherra-Dipatolli selatan Jharkhand, kira-kira 100 kilometer dari Raipur.
Katanya, polis masih menyiasat kejadian itu tetapi belum ada tangkapan dibuat.

Aktivis sosial berkata, membunuh kerana mengesyaki orang mengamalkan ilmu sihir atau “ilmu hitam” biasa berlaku di pedalaman India di mana kepercayaan karut masih lagi kuat di kalangan penduduk kampung.

Sumber : AFP 26/06/2012

Sunday, June 24, 2012

Suami Puja Keris Setiap Malam

Adakah anda:
Suami puja keris setiap malam 


ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.
“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil.
“Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.
Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya.

Menurutnya, selepas kira-kira seminggu diberhentikan kerja, suaminya yang berasal dari Filipina, tetapi sudah memeluk Islam sering memerap di dalam bilik sambil membaca sesuatu dalam bahasa sukar difahami.

Humairah yang ditemui Harian Metro ketika menjalani rawatan dengan seorang pakar perubatan Islam di sini berkata, keadaan bertambah parah apabila dia mengesan suaminya menjalin hubungan dengan wanita warga Indonesia yang sudah berusia hampir 50 tahun.

“Sejak menjalin hubungan dengan wanita itu, suami saya kerap berulang alik ke Filipina atau Indonesia bersama kekasih gelapnya. Ada kalanya sehingga berminggu-minggu dia tak pulang ke rumah.

“Jadi, saya yang terpaksa berkerja keras menanggung kehidupan kami serta tiga anak kami yang berusia 10 bulan hingga lima tahun,” katanya.

Humairah berkata, pada mulanya dia sukar percaya suaminya menjalin hubungan dengan perempuan lain, namun selepas sikap suaminya jauh berubah kerana suka menyendiri dalam bilik dan selalu tidak pulang ke rumah, dia yakin ada yang tidak kena.

“Keyakinan saya nyata berasas selepas terjumpa tangkal hitam dan botol minyak berisi akar kayu berbalut kain hitam serta dua keris kecil dalam lipatan cadar katil dalam biliknya.

“Saya semakin terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam apabila selalu terjaga daripada tidur pada kira-kira jam 11 malam dan mendengar suara suami membaca mantera dengan kuat di dalam biliknya,” katanya.

Menurut Humairah, rasa ingin tahun itulah yang mendorongnya mengintai perbuatan suaminya dan ketika itulah dia mengesan amalan aneh suaminya ketika memuja keris kecil miliknya.

Katanya, kebiasaannya selepas selesai acara pemujaan itu, suaminya keluar rumah ke tempat tidak diketahuinya dan hanya akan pulang sekitar jam 5 pagi sebelum terus tidur hingga tengah hari.

“Saya kemudian membawa barangan pelik termasuk keris kecil milik suami kepada ustaz dan saya diberitahu semua itu amalan syirik yang bertentangan dengan Islam.

“Mujur, suami saya sedia mengikut saya untuk berubat. Apabila saya tanya mengenai barangan peliknya itu dia memberitahu ia pemberian kekasih gelapnya dan memujanya setiap malam supaya orang mudah kasih kepadanya dan rezeki bertambah murah,” katanya.

Humairah berkata, dia bersyukur kerana selepas melalui beberapa sesi rawatan pemulihan menggunakan al-Quran suaminya semakin pulih dan sudah insaf dengan perlakuan songsangnya.


Sumber : Harian Metro

Terbabas Elak Lembaga Misteri

Adakah anda:
Terbabas elak lembaga misteri 

KOTA DAMANSARA – Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.
Dalam kejadian pada jam 2 pagi semalam di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.

Penarik kereta berusia 30 tahun itu bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta luka pada bahagian badan.


Dia diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan melalui kawasan tersebut.


Menceritakan detik cemas itu, mangsa yang hannya mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia cuba mengelak dari melanggar satu lembaga berwarna hitam yang melintas jalan.


“Saya terkejut dan memusing stereng ke bahagian kanan. Apa yang saya ingat, kereta ini langgar pokok di atas pembahagi jalan, berpusing beberapa kali dan terbalik,” katanya yang dalam perjalanan ke Uptown D’Kota, Jalan Teknologi dekat sini. Sementara itu, seorang saksi, Ayob Osman, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas.


“Nasib baik tiada pemandu lain di arah bertentangan, jika tidak keadaan mungkin bertambah buruk,” katanya yang tinggal di kawasan itu.


Difahamkan kemalangan misteri sememangnya kerap berlaku di jalan itu dan pernah meragut nyawa seorang wanita mengandung yang dirempuh sebuah kereta ketika melintas pada 2008.


Mangsa yang cedera kemudiannya membuat laporan di Balai Kota Damansara.

Sumber : Sinar Harian 24/06/2012 

P/s :  Jika terlalu gembira maka kita harus beringat.

Teknik Sembelih JIN

Adakah anda:
 


1. Letakkan tangan seperti bentuk pisau pada tengkuk pesakit



    2. Baca ayat Al-Maidah:33-34

"Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan keroskan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh, atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang seli atau dinafikan mereka di muka bumi"
(Mafhum al-Quran, al-Maidah:33-34)

   3. Lakukan penyembelihan dengan aksi seperti menyembelih sambil menyebut:
       ALLAHU AKBAR 3 kali



Sandaran hukum membunuh jin :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka barang siapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Karena itu adalah syaitan.”(Muslim) dari hadits ini kita diperbolehkan untuk membunuh jin tentunya dengan alasan yang diperbolehkan oleh syara’


P/S : Adalakalanya kita tidak perlu terus membunuhnya. Cubalah berbincang,pujuk keluar dari pada tubuh pesakit atau ajak masuk Islam jika jin kafir agar bertaubat kerana mereka juga makhluk yang diciptakan Allah SWT.  Yakin dengan Allah dengan membaca surah al-baqarah. Malah jika yakin, ayat kursi itu sudah mampu membunuh jin. Azan pula sudah mampu membuat jin terberak/tercirit.

Saturday, June 23, 2012

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Adakah anda:

A'uzubillahhiminashsyaitannirrajim...
Bismillahirrahmannirrahim... "

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Amalkan 7 Kalimah Agung

Adakah anda:

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walausebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 
 
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hariesok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, 

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi boleh kerana sudah terbiasa.

Hilangkan Sakit Kepala Cara Rawatan Islam

Adakah anda:

Jika anda migrain atau sakit kepala, cara rawatan ini boleh menghilangkan sakit yang dialami.
1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

P/s: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. Sesungguhnya dengan cara ini sakit kepala yang sangat teruk sekalipun dapat disembuhkan serta merta YAKINI dengan izinNya jua

Friday, June 22, 2012

Suri Rumah Meracau Selepas ‘disihir’ Suami

Adakah anda:

Kuang : Seorang suri rumah berperangai ganjil selepas dimandikan dengan air Yasin yang dicampurkan tanah kubur oleh suaminya bagi merawat gangguan emosi selepas kematian bapanya. Disebabkan bahana air mandian itu, suri rumah itu yang dikenali sebagai Munah (bukan nama sebenar), berusia 50-an mula berubah sikap dan sering memberitahu jirannya dia akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat.

Munah minta semua jira menghalalkan makan minum dan memaafkan kesilapan dan dosanya.
Perangai peliknya itu mengejutkan jiran tetangganya kerana selama ini Munah tidak pernah berbuat demikian.

Perangai pelik Munah berlaku selepas dia dimandikan dengan air Yasin yang dicampurkan dengan tanah kuburnya oleh suaminya bagi merawat emosinya yang terganggu kerana tidak dapat menerima hakikat bapanya meninggal dunia.

Sejak kematian bapanya Munah banyak menghabiskan masa di pusara, merintih dan menangis sepuas hati bagi mengubat rindu terhadap orang tuanya itu.

Suami Munah yang dikenali sebagai Osman akhirnya menemui seorang ustaz bagi memulihkan gangguan emosi isterinya yang semakin menjadi-jadi.

Ustaz berkenaan menyuruh Osman baca surah Yasin dan ditiup ke dalam air serta dicampurkan dengan sedikit tanah kubur untuk dijadikan air mandian.

Selepas Munah dimandikan selama tujuh hari berturut-turut sikapnya terus berubah dan dia tidak lagi menziarahi pusara bapanya.

Sebaliknya Munah rajin bertandang ke rumah jiran bercakap soal kematian. Perangai pelik Munah berlarutan selama setahun sebelum dia dipulihkan semula oleh Pengamal Perubatan Islam terkenal, Prof Dr Mohd Jahid Sidek. Dr Jahid berkata, perbuatan Osman memandikan isterinya dengan air bercampur tanah kubur boleh menjadi sihir.

Bagi memulihkan perangai pelik Munah, Ustaz Dr Jahid memandikannya dengan air rawatan yang disyifa’kan dengan ayat suci Al-Quran.

“Alhamdulillah, selepas Munah dimandikan dengan air rawatan yang disyifa’kan itu perangainya kembali normal. Kini dia dapat terima hakikat kematian bapanya dengan hati yang tenang”, ujar Ustaz Dr Jahid.

Beliau menasihatkan orang ramai jangan sesekali mempermainkan tanah kubur untuk memenuhi sebarang hajat kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Sumber : Mingguan Warta Perdana - Kisah Benar

22 Pelajar DiSerang Histeria

Adakah anda:
Lokasi berlaku kejadian pelajar diserang histeria.

POKOK SENA - Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin.


Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.


“Dia jatuh di sebelah pondok pengawal,” katanya.


Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau.


Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah.


Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya.


“Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang,” katanya.


Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut “nak pi (pergi) kat adik” yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal.


“Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun,” katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh.


“Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang.


“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya.


Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja.


“Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini,” katanya.


Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010.


Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah.


“Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.


Sumber : Sinar Harian 22/06/2012 

Rahsia Jari Anda

Adakah anda:

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? 

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?

Tafsiran Mimpi Menurut Islam

Adakah anda:

Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :

1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.

2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.

3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.


"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.

Mimpi

Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Menarik Minat

Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ianya telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman. Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah swt. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang mana akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Dan sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam kalangan istana-istana dan pembesar-pembesar. Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Kerana itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula dari mimpi-mimpi yang aneh.

Campur Aduk

Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah swt. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia'Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil, tetapi ramalan para anbia' bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah swt. dalam bentuk yang simbolik.

Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia' dan dengan tamthil-tamthil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis beberapa ulama Islam di zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah takbir mimpi yang baik dan terkawal. Di antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).

Allah swt. mengkehendaki agar takbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia' Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang takbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah swt.

Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang, mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah swt.

Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa takbir mimpi itu adalah suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal. Mereka juga mengaku juga takbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.

Adab Selepas Mimpi

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)


Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah SWT. sebelum tidur. Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa seseorang mungkin akan bermimpi sedemikian. Juga termasuk mainan syaitan.

Bimbingan

Inilah satu bimbingan yang amat praktis untuk menghindarkan manusia dari diganggu oleh mimpi-mimpi yang menyusahkannya. Apa yang perlu kepada mereka ialah hadapi kenyataan hidup sehari-hari dan serahkan masa depan itu kepada Allah swt. Jangan biarkan diri mereka dirunsingkan oleh mimpi-mimpi karut atau dipermainkan oleh tukang-tukang takbir mimpi yang cuba meraba-raba dalam alam ghaib.

Thursday, June 21, 2012

Kitab Injil 1500 Tahun Ditemui

Adakah anda:
Kitab Injil Sebenar

Kitab Injil sebenar berusia 1500 tahun di temui? Tidak pasti adakah ianya kitab Injil sebenar yang di dakwa berusia 1500 tahun ditemui di Turki baru-baru ini 2012

Kitab Injil yang ditemui ini didakwa mencatat kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. 

Wednesday, June 20, 2012

Mengapa Guna Garam Dalam Rawatan?

Adakah anda:
http://sitik.files.wordpress.com/2010/10/garam-tinggi1.jpg

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.

Mengapa ramai perawat menggunakan garam dalam perubatan rohaniah? Jadi inilah jawapannya :
Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin, 
Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.


Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia.Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.


Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.


1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.


2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.


Kegunaan & Kelebihan Garam


Pengawet ikan supaya tidak busuk.


Menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.


Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.


Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.

Penyakit Gaut
Timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1–2 jam kemudian mandi air laut.


Bertungku
Goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam tu bungkus lah dengan kain.


Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki.


Elak mabuk semasa perjalanan
Minum dengan madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan


Tenaga
Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam.


Cuci perut
Minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Gigi sakit
Kumur-kumur dengan secubit garam dan air suam

Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah.


P/s :Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan maka jadilah darah tinggi, kenapa jadi begitu kerana nafsu makan apa saja tanpa memikirkan kesannya.

Tuesday, June 19, 2012

Perbezaan Syaitan, Iblis & Jin

Adakah anda:


Kadang-kadang masalah juga bila orang cerdik terlebih cerdik, mereka beranggapan syaitan dan jin adalah perkara tahyul atau kurafat. Mungkin sebab itu mereka menganggap syaitan, jin dan iblis itu adalah suatu imiginasi dari halusinasi disebabkan oleh keletihan dan stress. Hairan juga orang seperti ini mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji, tetapi memegang iktikad mazhab moden barat seperti ini? Terlalu banyak dalil mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis dalam Al-Quran dan Hadis.

Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

Nama Jin, Syaitan dan Iblis itu kadangkala mengelirukan kerana sifat kaumnya, tetapi setiap satunya memiliki perbezaan dari segi maksudnya.

Jin

Di dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut beberapa kali mengenai jin, sehinggakan ada surah yang khusus untuk bangsa ini iaitu Al-Jin.

Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api.
Allah SWT menerangkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat daripada nyala api.

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum daripada api yang sangat panas.(Al Quran, Surah Al-Hijr: 27)

Dan Dia menciptakan jin daripada nyala api.(Al Quran, Surah .Ar-Rahman: 15 )

Jin ada yang muslim dan ada yang tidak

Jin adalah satu bangsa, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir.

Allah SWT berfirman menerusi ayat berikut:

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. (Al Quran, Surah Al-Jin: 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman AS. Sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. (Al Quran, Surah An-Naml: 17 )

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair daripada tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. (Al Quran, Surah Saba': 12 )

Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap. Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hambaKu yang berterima kasih. (Al Quran, Surah Saba': 13)

Syaitan

Menurut Al-Quran, syaitan adalah makhluk yang kerjanya mengajak manusia berbuat jahat dan berbohong.

Mengajak kepada Perbuatan Keji

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 169)

Syaitan adalah Musuh Manusia (satu label terhadap manusia atau jin)
Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)

Memberi Janji dan Angan-angan Kosong
Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )

Manusia pun ada yang Syaitan Juga
Namun Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja, melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah Al-Anam: 112)

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )

Iblis

Sedangkan Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah daripada jenis jin.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (Al Quran, Surah Al-Kahfi: 50)

Jadi boleh dikatakan bahawa Iblis itu adalah seorang oknum yang berjenis jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama.

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 34)

Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah sifat sombong dan riak. Dia merasa dirinya jauh lebih baik daripada Adam. Allah berfirman:

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis, "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah." (Al Quran, Surah Al-Araf: 12 )

Ciri yang paling utama daripada Iblis adalah dia kekal hidup hingga ke hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT.

Iblis menjawab, "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (Al Quran, Surah Al-Araf: 14-15)

Iblis berkata, "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." (Al Quran, Surah Shaad: 79-81 )

Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup pada masa penciptaan Adam AS. dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada antara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.

Sumber:
Disusun dan disunting semula oleh Amiene Rev berdasarkan keterangan Ustaz Haji Ahmad Sarwat, Indonesia, yang disiarkan menerusi laman web www.eramuslim.com.

Like & Share with us