Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Thursday, June 7, 2012

Wanita Dunia Masuk Syurga

http://diarihati.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/Muslimah-solehah.jpg

Wanita dunia ketika memasuki syurga akan mampu mengalahkan kejelitaan para bidadari syurga. Siapakah wanita dunia itu? Mereka adalah wanita solehah.

Aisyah r.a berkata:
"Wanita -wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga. Kami melakukan solat sedangkan kamu tidak, kami berpuasa sedangkan kamu tidak, kami bersedekah sedangkan kamu tidak, kami wanita solehah di dunia mengalahkan bidadari syurga".

Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu, dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah di dunia lagi bidadari mencemburi kesolehahnya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Wanita solehah adalah wanita terbilang hatinya sentiasa tabah dan cekal, sifat-sifat mahmudah sentiasa menghiasi dirinya. Nur muslimah terpancar pada raut wajahnya, Allah dan Rasulullah sentiasa ditaati, ibu bapa sentiasa dihormati, sentiasa beristiqamah dalam hati. Al-Quran dan Sunnah menjadi pedoman dan ikutan..Bidadari Syurga amat mencemburui mereka, bidadari tunduk kepada mereka. Indahnya menjadi wanita solehah.

P/s : Bidadari itu rupanya ada di bumi. 

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us