Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Friday, June 8, 2012

Mandi Rohaniah - Ibu pada segala rawatan


Ramai juga sahabat-sahabat luar sana sering menanyakan mana yang terbaik atau elok, samada mandi limau, mandi garam atau mandi bunga???.....
(Mandian ini adalah ibu pada segala rawatan. Ianya mencakupi proses penyucian jasmiah dan rohaniah.)
Ketiga-tiga mandian itu sangat baik untuk kesihatan serta pembersihan jasmani dan rohaniah. KIta akan merasa lebih segar dan tenang serta lebih fokus. Segala unsur-unsur negatif didalam badan akan dibersihkan. Terdapat juga kes dimana penyakit-penyakit dalaman yang tidak disedari keluar dengan kaedah mandian.
Tetapi jika anda selalu terseksa dengan pelbagai masalah dalam kehidupan, orang melayu kita sering memanggilnya "buang sial".  Maka Mandi Rohaniah boleh membersihkan diri secara batiniah.

Adakah anda sering mengalami masalah di bawah ini :

  • Sering dibuli dan difitnah
  • Sering ditipu orang
  • Sering bergaduh suami/isteri (Rumah tangga tidak harmoni)
  • Sering diganggu Makhlus Halus
  • Sering merasa cemas dan gelisah
  • Sering menghadapi masalah dengan keluarga, rakan dan masyarakat
  • Senantiasa merasa malas dan tidak dapat memberi tumpuan
  • Sering mendapatkan musibah dan sering gagal
  • Sering sakit tanpa mengetahui puncanya
  • Sering merasa rendah diri / tiada keyakinan diri
  • Sering tewas dalam percintaan / ditolak
  • Sering lalai melakukan ibadat
Mandian ini mempunyai khasiat tersendiri. Pastikan pada ketika inilah kita bermohon kepada Allah SWT akan apa sahaja hajat yang kita perlukan misalnya:-
  • Memohon keampunan
  • Memohon dibersihkan diri dari sebarang gangguan makhluk halus
  • Memohon dianugerahkan keluarga bahagia
  • Memohon dibersihkan diri dari segala penyakit rohani dan jasmani, yang diketahui dan tidak diketahui
  • Memohon kekuatan melayari kehidupan dan berbagai lagi

Anda bakal merasai satu ketenangan dan keceriaan yang luar biasa satelah menjalani mandian ini.Insya-Allah.


P/S : Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:
‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan’

Jangan berniat sesekali untuk menghilangkan sial atau malang. 
Anda harus yakini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.
Mandian ini sekadar ikhtiar & usaha sahaja

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us