![]()  | 
| NORAZANNI di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam. | 
KOTA BHARU  –  Seorang bomoh muda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun 
dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati 
bersalah merogol gadis yang dirawat di rumah mangsa pada Mac tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, 
Norazanni Nordin, 31, yang semasa kejadian merupakan seorang askar 
selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa 
keraguan munasabah.
Norazanni didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik di 
sebuah rumah di hadapan sebuah sekolah di Machang pada pukul 9.30 malam,
 18 Mac tahun lalu.
Tertuduh dari Sungai Petani, Kedah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun
 Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan 
sebat jika disabitkan kesalahan.
Semasa kejadian, Norazanni dijemput keluarga mangsa ke rumah mereka 
bagi merawat mangsa yang mengalami kemurungan dan meracau-racau.
Sumber : Kosmo Online 15/06/2012 
P/s : Jangan mudah mempercayai ustaz/bomoh palsu asalkan pakai kopiah,songkak atau serban berjubah terus mempercayainya tanpa usul periksa. Lagi-lagi apabila diminta wang pendahuluan sebanyak 999,888,666 dan sebagainya. Carilah perawat islam menjaga aqidah dan keimanan. tanpa was-was cara mengubati serta mengamal perubatan islam yang sah disisi undang-undang.


No comments:
Post a Comment