Hari ini saya tertarik dengan posting yang mengenai mimpi bertemu dengan lelaki berjubah putih. Tentu pembaca semua pernah bermimpi bertemu dengan lelaki berjubah putih, Mari kita berkongsi kisah ini.
As salam
Para pembaca sekalian, saya memohon pertolongan sesiapa sahaja yang membaca artikel ini tolong tanyakan kepada syeikh-syeikh tarekat atau sesiapa sahaja yang anda pasti kesolehannya dari kalangan ahli sufi berkenaan mimpi yang berkenaan ini.
Saya memohon bantuan anda kerana saya tak dapat menemui seseorang yang saya yakini boleh menjawab persoalan saya ini. Sehingga kini saya berasa tidak tenteram selagi tidak dapat menjawab persoalan samada mimpi ini benar atau tidak.
Tujuan saya bukan kerana mahu berbangga atau apa namun untuk memastikan mimpi ini bukan mimpi mainan syaitan.
Mimpinya begini :
kurang setahun dahulu ketika waktu hampir subuh saya bermimpi ke sebuah taman yang indah namun sukar digambarkan oleh minda. Taman itu seolah-seolah berkilau namun bukan kilauan cahaya dan memang sukar digambarkan oleh akal.
di taman itu saya melihat seorang lelaki berjubah putih pada mulanya saya menyangka Sayidi Syeikh Suhaimi namun bila didekati lelaki tersebut agak berbeza dengan gambaran Sayidi Syeikh Suhaimi yang pernah saya lihat. Lelaki itu wajahnya bercahaya dan sukar digambarkan wajahnya bahkan saya memang tidak mengecamnya langsung. Namun terlintas di hati bahawa lelaki itu mungkin Rasulullah SAW.
saya mendepani lelaki tersebut yang tidak berkata kata. Namun berlaku satu lintasan hati @ kefahaman yang saya boleh fahami sepenuhnya apa yang disampaikan.
lintasan itu difahami begini
"Ketika aku dimikrajkan Tuhanku, aku telah melihat syurga. Aku memohon kepada Tuhan supaya umatku dapat melihat suasana syurga"
Kemudian saya perlahan-lahan meninggalkan taman dan lelaki tersebut namun berlaku satu lintasan hati yang lain di mana saya fahaminya begini
"Allah telah mengabulkan permintaan tersebut melalui zaman keemasan (zaman kegemilangan Islam kedua)"
Mimpi tersebut masih menghantui diri saya. Apakah benar mimpi ini atau mainan syaitan?
soalnya saya bukan orang yang soleh, hanya orang biasa yang banyak melakukan dosa. Bagi saya memang tak layak saya bermimpi berjumpa rasulullah saw.
Wajah lelaki tersebut dan suasana taman tersebut cuma diingati secara samar-samar namun masih kukuh dalam hati dan mustahil melupakan ucapan

Soalnya benarkah mimpi ini benar atau hanya mainan syaitan untuk menyesatkan saya
Memang syaitan tak boleh menyamar menjadi Rasulullah namun saya sendiri tidak tahu wajah sebenar Rasulullah saw.
Apabila teringat akan mimpi ini masih kukuh hingga hari ini ungkapan

Padahal wajah lelaki tersebut dan suasana taman tersebut tak mampu diingati dan kalau diingat tak mampu digambar semula.
Bukan mempersoalkan hak Rasulullah untuk bertemu umatnya namun persoalannya
Saya bukan orang yang hebat dalam ibadah (solat hanya lima waktu tak pernah melakukan solat tahajjud, solat sunat pun jarang)
Saya hanya orang biasa yang banyak melakukan dosa sama seperti orang lain.
Yang saya paling takuti kalau-kalau itu adalah mainan syaitan supaya saya jadi sesat. Nauzubillah.
Saya sudah melawat makam habib Nuh rh di Singapura dan bertawasul dengan beliau namun belum ada jawapan yang jelas.
Saya takut nak tanya kepada ustaz-ustaz moden kerana takut terjadinya fitnah.
Saya minta bantuan sesiapa yang boleh bertanya kepada ulama'-ulama' sufi untuk menjelaskan status mimpi ini.
saya belum menemui orang yang ahli yang mampu menjawab persoalan ini.
cuma satu saja perkara yang paling saya sukai iaitu menyanyikan SELAWAT yang menarik hati saya..

Sumber : Nur Muhammad : Benarkah mimpi ini?
Jangan ceritakan mimpi anda kepada sesiapapun. Itu adalah bahagian anda. Tidak semua orang yang mendapat mimpi yang indah dan cantik. Orang yang suka berselawat dan banyak berselawat akan mendapat mimpi yang indah dan cantik. Orang yang alim, warak dan soleh biasanya merahsiakan mimpinya dari pengetahuan sesiapapun takut terjadinya fitnah. Anda tak perlu risau atau gusar tentang mimpi tersebut. Ia memberi petunjuk, kebaikan dan rahmat kepada anda. Jadi rahsiakan mimpi anda daripada pengetahuan umum.
ReplyDeletesy pun prnh bmimpi sprti ini,sy adalah pndosa besar,seorg yg sngt hina d sluruh alam..sy suka bselawat,sdekahkn alfatihah kpda para nabi dan sluruh umat allah..tp sy tkt mmpi itu mnandakn ajal sy sdh xlama 😢😢
ReplyDeleteHubungi no wa ini klu ingin lbih jelas ttg mimpi mu 0139487320. Sya cuma ingin mmbntu
ReplyDelete