Assalam, tentunya bulan yang mulia bulan ramadhan ini, kita akan berpuasa namun para sahabat semua yang juga sering tertanya-tanya apakah jin akan mengganggu ibadah puasa kita nanti. Di sini saya kongsikan soal jawab mengenai gangguan jin ketika bulan ramadhan ini.
Assalaamu'alaikum Wr.Wb.
Ustadz
yang kami hormati, saya sebelum mengenal ruqyah tidak merasa ada
keluhan apa-apa, namun kerana ingin kepastian apa ada jin yang bersarang
di tubuh, akhirnya saya ikut acara ruqyah, ternyata ada reaksi di
sekitar leher. Sampai-sampai ustaz peruqyahnya boleh wawancara dengan jin tersebut. Saya setengah sedar mengucapkan dua kalimah syahadat waktu itu, namun jin belum boleh keluar.
Di lain waktu saya ke situ lagi, dan jin tersebut belum keluar juga. Saya cari Ustad lain untuk meruqyah namun masih belum boleh juga, terkini ke ustaz yang lain lagi juga belum keluar. Hingga sekarang saya suka terasa reaksi jika zikir, solat ataupun baca Al-Quran.
Yang ingin saya tanyakan:
1. Mengapa pada waktu belum diruqyah ibadah saya lancar-lancar saja tapi sekarang setelah diruqyah sering bertindak balas?
2. Apa yang harus saya lakukan dengan keadaan saya sekarang? Apakah boleh saya meruqyah sendiri? Kalau boleh bagaimana caranya?
3. Apakah jin yang ada di dalam tubuh membahayakan aqidah kita?
4. Apakah jin tersebut berpengaruh langsung terhadap kedudukan hamba disisi Allh SWT? Dan apakah boleh menghalang keredhaanNya?
5. Bagaimana bila ajal tiba sedangkan jin tersebut belum keluar, apakah menghalang kemasukan hamba ke dalam syurga?
6. Di bulan Ramadhan yang lalu pada saat solat malam saya juga bertindak balas, mengapa boleh, padahal ada hadis yang mengatakan bahawa syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan?
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Triyono
Jawapan
Wa'alaikumsalaam wr. wb.
Saudara Triyono, ada hal yang harus diluruskan bahawa ruqyah itu tidak
mengundang jin, tetapi ruqyah itu adalah doa-doa untuk menghilangkan
jin. Maka, kalaupun kemudian anda bertindak balas, padahal anda tidak mempunyai gangguan jin. Mungkin anda selama ini tidak merasa, kalau sesungguhnya anda mempunyai gangguan.
Malangnya, anda tidak menceritakan secara detail, apakah anda mempunyai
gangguan rasa sakit di sekitar leher, atau anda sesungguhnya anda
mempunyai masalah secara psikologi. Seperti cepat marah, berat menjalankan ibadah, sering menunda untuk berbuat baik. Ertinya, hal tersebut merupakan indikasi anda menghadapi gangguan, tapi anda tidak mengetahuinya. Dan begitu diruqyah, anda baru mengetahui ternyata anda mempunyai gangguan jin.
Setelah berulangkali anda melakukan ruqyah, tapi tidak kunjung selesai. Tidak semua masalah boleh selesai dalam masa yang cepat. Sahabat saja dengan tingkatannya, ketika mereka meruqyah ada yang butuh waktu sampai 3 hari.
Maka dari itu, diperlukan kesabaran, jadi bukan peringkat hasil kita
akan sembuh, tetapi itu merupakan usaha syar'i yang akan dicatat oleh
Allah SWT sebagai pahala, kerana kita menjauhi usaha yang syirik.
Jadi lakukan ruqyah terus, kerana memang tidak ada penyelesaian lain dalam Islam, selain ruqyah. Anda boleh melakukan ruqyah sendiri, caranya anda boleh mendengar kaset ruqyah atau anda membaca sendiri bacaan ruqyahnya.
Kemudian peganglah bahagian yang bertindak balas dan sakit, anda
memukulnya dan menekannya, setelah itu jin tersebut harus keluar. Anda harus melindungi diri dengan berlindung kepada Allah SWT, beribadah yang rajin. Bacalah Basmallah bila ingin mengerjakan apa saja.
Syaitan selalu berusaha membuat manusia keluar dari jalan kebenaran,
sebagaimana sumpah iblis dalam Al-quran, akan menggelincirkan manusia
dari jalan yang lurus. Tapi, apabila anda kuat iman dan ibadahnya. Maka kewujudan syaitan dalam tubuh tidak akan mempengaruhi keimanan seseorang.
Dan ketika seseorang meninggal sedangkan sudah ditakdirkan jin itu
belum boleh keluar, tidak akan mempengaruhi orang tersebut di sisi Allah
SWT, bahkan boleh menambah pahala. Kerana selama ini dia tersiksa dengan oleh jin tersebut.
Dalam Islam seperti kita ketahui, jangan gangguan jin yang berat, duri
yang menusuk kaki orang beriman dianggap sebagai pahala penghapus dosa.
Apakah jin di tubuh boleh menghalang seseorang untuk masuk syurga?
Selama dia tidak mengikuti perintah bisikan-bisikan jin yang sesat,
maka tidak akan menjadi masalah dan tidak akan menghalagi seseorang
masuk syurga. Kerana masuk syurga atau tidak adalah bagaimana usaha kita dengan baik serta mendapat rahmat dari Allah SWT.
Di bulan Ramadhan syaitan dibelenggu? Dalam hadis lain, ternyata yang diikat adalah syaitan-syaitan yang melakukan pembangkangan yang luar biasa. Jadi tidak semua syaitan, sehingga wajar jika masih ada syaitan yang mengganggu manusia di bulan Ramadhan. Kewujudan jin dalam tubuh dapat mengganggu. ertinya mengapa anda berekasi di bulan Ramadhan. Jangan pernah berputus asa, kerana dalam ruqyah tidak ada istilah berputus asa. Lakukanlah ruqyah, semoga Allah selalu melindungi kita.
No comments:
Post a Comment