Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Thursday, July 5, 2012

Minyak Dagu Atau Minyak Pengasih



Kisah ini merupakan kesan daripada Minyak Dagu @ Minyak Pengasih? Sejauh mana keberkesanan minyak dagu tersebut pada zaman moden ini. Penggunaan minyak dagu adalah untuk menundukkan atau memiliki seseorang hanya dengan secara calit-mencalit minyak dagu tersebut pada individu yang diingini.

Bahan menyediakan Minyak Dagu adalah seperti berikut :

  • Mayat Perempuan mati mengandung yang mana masih terdapat janin didalamnya
  • 7 jenis abu mayat dari 7 tanah perkuburan
  • Minyak dagu kokang, mawas, beruk
  • Anjing hitam
  • Mayat orang mati dibunuh secara kejam
  • Mayat orang mati kemalangan (Perempuan)

Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing-punsing maka ia adalah hidup.

Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.

Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam. Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.

Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalau susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.

Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalau yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama kerana jiwa@roh pesakit sudah disimpan dalam botol tertutup oleh bomoh, ibarat hidup pesakit tanpa hala tuju seperti mayat hidup.
  1. Mandi dan minum Air Kelapa (Membuang jin sihir dalam badan)
  2. Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
  3. Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
  4. Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat
"Lailahaillah Wahdahu La Syariikalah Lahu Mulku Walahul Hamdu Wahua Ala Kulli Syai’in Qadiir"

P/S : Jika terlalu teruk, anda carilah perawat perubatan Islam untuk membantu anda.

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us