Ada antara manusia yang diperdaya oleh syaitan
dengan masalah niat dengan berucap, " Aku berniat menghilangkan hadas."
Lalu berkata, "Untuk sahnya solat." Lalu berkata lagi "Aku berniat
menghilangkan hadas. Ini juga berlaku dalam solat. Bukanlah satu yang
pelik untuk kita melihat orang yang asyik sibuk membetulkan bacaan
'Usollinya' sehingga diluang beberapa kali. Manusia itu mengangkat
takbir beberapa kali seolah-olah ada sesuatu yang belum sempurna dalam
niatnya itu. sedangkan manusia-manusia itu sendiri tahu bahawa
melafazkan niat itu sebenarnya memang tidak dilakukan Rasulullah SAW.
Maka apakah pula alasan mereka untuk mempertahankan talaffudz niat
tersebut. Kata mereka, ia untuk menguatkan niat dan menghilangkan
was-was. Benarkah begitu. Yang dilihat bertambah banyak was-was
adalah.Mereka yang menyibukkan diri dengan talaffudz niat perlu
mengetahui jika dia berniat maka secara automatik niat itu akan datang.
Ini kerana jika dia sudah berdiri dihadapan menghadap kiblat, untuk
apakah berdirinya itu kecuali untuk bersolat. Dan niat itu di hati
bukannya di lidah. Maka apa perlu mengulang niat berulang kali. Hatta
jika niat memang tidak ikhlas, maka diulanglah takbir beberapa kalipun
maka niat tetap begitu jua.
Dalam masalah thaharah juga begitu. Ada segelintir manusia berlebih-lebihan dalam masalah thaharah. Ada di antara mereka dipengaruhi oleh soalan-soalan syaitan yang cuba menimbulkan was-was dengan disibukkan di dalam hati mereka "Dari mana engkau tahu bahawa air itu suci". Maka manusia itupun membuat berbagai-bagai andaian dan berbagai-bagai kemungkinan padahal syariat pada dasarnya sudah cukup baginya bahawa air itu adalah suci. Manusia seumpama ini menyibukkan diri dengan sia-sia dalam berwudhu hingga terlewat untuk berjemaah bersama imam lantaran kesibukannya dengan hal-hal thaharah. Bahkan mereka ini tak terlepas daripada melakukan beberapa perkara yang terlarang: (1) Membazir dalam penggunaan air (2) Menghabiskan masa dengan sia-sia untuk sesuatu yang bukannya suant mahupun wajib (3) Berlebih-lebihan hingga melangkaui apa yang disuruh syariat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr al-Ash bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Sa'ad yang sedang berwudhu, lalu baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Sa'ad?" Sa'ad bertanya:" Apakah di dalam wudhu' juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad). Diriwayatkan juga di dalam Abu daud, Ibnu Majah dan Ahmad bahawa: "Akan muncul ditengah umat ini segolongan orang yang berlebih-lebihan dalam berdoa dan bersuci.
Manusia yang was-was ini menyangka apa yang mereka lakukan itu baik, kononnya berhati-hati sedangkan adakah mereka fikir bahawa mereka itu terlebih berhati-hati jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW. Mungkinkah mereka ini semua mempunyai penyakit jiwa yang was-was atau sudah hilang kewarasan. Maka takut-takut mereka itu jatuh dalam golongan manusia yang diriwayat bahawa "Ada keringanan bagi orang yang gila hingga dia menjadi sedar (Riwayat Abu Daud, an-Nasaie, ad-Darimi, Ibnu Majah dan Ahmad). Ini kerana orang yang sudah mengangkat takbir, menyempurnakan thaharahnya akan tetapi masih merasa ragu dengan niatnya bukanlah orang yang waras. Sementara orang yang tidak waras tidaklah wajib atasnya bersolat. Adakah kita mahu jadi mereka yang tidak diwajibkan bersolat. Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment