Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat Pencabut Nyawa "Tidakkah Kau memberikan aba-aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai Malaikat Pencabut Nyawa sehingga mereka akan lebih berhati-hati?"
Malaikat itu menjawab, "Demi Allah, aku sudah memberikan aba-aba dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mula tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah satu peringatan bahawa sebenar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda peringatan tadi sekiranya ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya.
"Bukankah aku telah memberi banyak aba-aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah amaran terakhir selepas ini tidak akan datang peringatan lain" (HR Iman Qurthubi).
Beginilah cara kerja Malaikat Maut, Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat Maut yang mempunyai dua mata diwajahnya dan dua lagi ditengkuknya. "Wahai Malaikat Pencabut Nyawa, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal di waktu yang sama ; yang satu berada di hujung timur dan yang satu berada di hujung barat, serta tempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?" Malaikat Maut berkata " Aku akan panggil roh-roh tersebut dengan izin Allah sehingga semuanya berada di antara dua jariku. Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil mana-man sekehendak hatiku" (HR Abu Nu'aim)
Ternyata orang mati mendengar tapi tidak boleh menjawab, Rasullulah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang tewa pada perang badar dilemparkan ke sebuah telaga tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Setelah itu, beliau memanggil nama mereka satu-satu. "Wahai Fulan bin Fulan, Fulan bin Fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti." Lalu Umar bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasul. mengapa engkau mengajak bicara dengan orang-orang yang sudah menjadi mayat"? Rasulullah menjawab "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kamu memang tidak memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan. Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya hanya tidak dapat menjawab saja" (HR Bukhari Muslim).
No comments:
Post a Comment