Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda :
"Barang
siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah
kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR" (Rujuk Al-Azakar: 133)
Kejadian
telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w
mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung
supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH SWT mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."
Kalau
berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian
telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH SWT kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.Apakah isyarat dan peringatan
yang hendak disampaikan oleh ALLAH SWT, itu tidak dapat kita kenal
pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.
Amalan kita ibarat benih pokok, jika kita selalu mengingatiNya serta beramal maka benih itu akan tumbuh subur, dedaun akan merimbun. Mana kala jika kita sering leka dan lalai mengingatiNya maka dedaun itu akan gugur satu persatu. Seumpama lebat dedaun iaitu amalan kita, dedaun keguguran bererti dosa-dosa kita.
Sy pon telinga ngah berdesing ni..terjumpe info ni..alhamdulillah..^_^..
ReplyDeleteAlhmdulillah terima kasih..
ReplyDeletesaya pun . thanks and syukur for the info
ReplyDeleteSiang TD kene,3kali Alhamdullilahhh..
ReplyDeleteAlhamdullilah syukur kurang berdesing. Terima kasih
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeleteJika berdesing tu berterusan tandanya org itu kuat berzikir..
ReplyDeleteJika berdesing tu berterusan tandanya org itu kuat berzikir..
ReplyDeleteSy berdesing n terima kasih info ni
ReplyDeleteMasa berdesing saya tak risau, kecuali masa nak tidur. Biasanya bunyi desing semakin kuat, dan tiba2 tak boleh bergerak, kaku. Terasa macam ada makhluk lain datang. Saya selamat bila tidur dalam keadaan suasana ada bunyi bising sedikit spt bunyi kipas
ReplyDeletePernah berdesing
ReplyDeleteCerita nie sahih ke dalil ke.. ada dlm hadis ke atau AlQuran
ReplyDeleteLagi berdesing ada
ReplyDelete