Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.
Mengapa ramai perawat menggunakan garam dalam perubatan rohaniah? Jadi inilah jawapannya :
Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin,
Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.
Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia.Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan,
meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai
udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Kegunaan & Kelebihan Garam
Pengawet ikan supaya tidak busuk.
Menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.

Penyakit Gaut
Timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1–2 jam kemudian mandi air laut.
Bertungku
Bertungku
Goreng 1 – 2 genggam garam
kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang
bengkak atau sakit. Garam tu bungkus lah dengan kain.
Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
Elak mabuk semasa perjalanan
Minum dengan madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
Tenaga
Tenaga
Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani,
bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam.
Cuci perut
Cuci perut
Minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Gigi sakit
Kumur-kumur dengan secubit garam dan air suam
Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah.
P/s :Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan maka jadilah darah tinggi, kenapa jadi begitu kerana nafsu makan apa saja tanpa memikirkan kesannya.

No comments:
Post a Comment