Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Monday, June 18, 2012

Ifa Raziah Kena Buatan Orang

KALAU ada anugerah bintang paling banyak dengan kontroversi di negara ini, rasanya, penyanyi dan pelakon Ifa Raziah sudah banyak menyimpan trofinya di rumah.

Daripada bergaduh mulut, kes saman-menyaman, salah faham dan sebagainya, Ifa seringkali dipersalahkan.

Mungkin juga dia seorang yang lantang bersuara sehingga ada pihak seringkali tersalah faham dengan percakapan mahupun tindak tanduknya.
Namun, benarlah bagai dikata orang, kerana mulut badan binasa. Ifa baru-baru ini didakwa sakit terkena 'buatan orang'.
Bagi mereka yang memusuhi Ifa, tentu akan terus mengecam selain menganggap Ifa layak menerima 'balasan' sebegitu.

Sebagai manusia, siapa kita untuk terus menghukum. Inisiatif ini diambil Pancaindera untuk menggali cerita sebenar.
Mengaku dirinya terkena sihir atau 'buatan orang', kata Ifa, dia mula mengesan keanehan yang berlaku pada dirinya sejak awal tahun lalu.

"Pelik bila berat badan saya tiba-tiba naik, perut macam wanita mengandung. Saya ni jenis yang jaga makan. Tak akanlah tiba-tiba gemuk pula.

"Selain tu, muka jadi gelap dan penuh dengan jerawat. Bila maghrib saja badan saya mula menggigil-gigil kemudian panas semacam.

"Saya dah buat pemeriksaan perubatan di tiga buah klinik dan ketiga-tiga doktor tu sahkan yang saya ni bebas daripada demam panas, demam denggi atau sebagainya. Tekanan darah juga tak ada masalah. 

"Keputusan perubatan tu menandakan yang saya ni sihat. Tapi keadaan saya macam orang sakit," katanya.

Rentetan daripada itu, kata Ifa, dia bersama suami dan seorang teman, pantas mendapatkan rawatan perubatan cara Islam selepas menyedari dirinya bukan sakit 'biasa'.
"Ini bukan kali pertama saya terkena 'buatan orang'. Saya jumpa seorang ustaz untuk menerima rawatan.

"Kata ustaz itu, saya memang terkena sihir dan orang yang buat saya itu juga seboleh-bolehnya mahu menjatuhkan kerjaya saya," jelasnya.
Mahu sihatMenyangkakan sakit yang dialami sudah mula surut sejak Februari lalu, Ifa bagaimanapun diduga lagi apabila dia mendedahkan untuk bulan ini sahaja, 'sakit' itu datang kembali menyerangnya sebanyak tiga kali.

"Pernah dalam keadaan menggigil, saya gagahkan juga diri buat persembahan untuk sebuah majlis tempoh hari. Saya cuba lawan sakit itu dengan segala kudrat yang ada dan buat macam saya okey.
"Tuhan saja yang tahu apa saya rasa ketika itu. Tapi mengenangkan saya mahu mencari rezeki untuk keluarga dan anak, saya kuatkan juga semangat, "katanya lagi.

Menurut Ifa, walau sedang menanggung kesakitan, dia tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap mana-mana individu yang berniat jahat terhadap dirinya.
Bagi Ifa, lebih baik dia tidak tahu siapa yang melakukan perkara itu daripada keadaan sebaliknya berlaku.

"Kalau saya tahu, nanti mulalah saya jadi tak keruan, bersikap agresif, ada niat jahat, penuh dengan rasa marah , sakit hati dan sebagainya.

"Lepas tu, macam-macam hal boleh berlaku. Saya dah tak mahu jadi macam dulu lagi. Sampai bawa kes ke mahkamah. Cukuplah. Saya cuma mahu sihat saja, " katanya.
Ifa juga tidak menolak bahawa ada yang cemburu dengan rezeki yang dimilikinya lebih-lebih lagi melalui undangan persembahan dan sebagainya.

"Saya tak nak tuduh sesiapa. Biarlah. Lebih tenang saya fikirkan bahawa apa yang saya alami ini adalah balasan Tuhan terhadap dosa-dosa kecil saya, " katanya.

Santai bersama peminatMengaku, selama berada di dalam industri hiburan, Ifa sekali pun tidak pernah berpeluang menganjurkan acara bersama peminat.

Namun, hasrat itu bagai tertunai apabila Arifa Entertainment dengan kerjasama Cherengin Hills & Spa Resort membuka peluang buat Ifa untuk berbuat demikian.
Melalui program Santai Bersama Ifa Raziah, peminat berpeluang beramah mesra bersama Ifa selama dua hari satu malam di Janda Baik, Pahang pada 14 dan 15 Julai ini.
Selain itu, Ifa juga akan mengadakan jualan amal dengan melelong pelbagai barangan dan koleksi peribadinya pada hari tersebut.
Dalam pada itu, kata Ifa, program itu juga turut akan dimeriahkan oleh sahabatnya, Roslan Shah yang akan bersama-sama menghiburkan peminat sepanjang program itu.
Penyertaan masih dibuka dan bagi mereka yang mahu menyertai, sila hubungi Sharifah Azizah di talian 012-2372816.

P/s : Apapun kita doakan Ifa Raziah semoga terhindar dan pulih dari sihir itu, Jika Allah mengizinkan sihir terjadi ke atas kita, anggaplah sebagai peringatan agar kita lebih mendekatiNya. Adat dunia hiburan, terlalui ramai pemegang sijil PHD.

Sumber : Utusan Online 18/06/2012

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us