CHEMOR: Seorang janda beranak empat bukan saja menjadi ‘hamba seks’
bapa saudara sendiri selama hampir dua tahun, malah puluhan ribu ringgit
wang peninggalan arwah suaminya serta wang bantuan kebajikan empat
anaknya turut dibolot lelaki terbabit yang dipercayai ‘menakluk’ wanita
itu dengan ilmu hitam.
Janda berusia 34 tahun dikenali sebagai Kamariah, mendakwa dia
seperti lembu dicucuk hidung apabila mengikut segala arahan bapa
saudaranya itu termasuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu serta
menyerahkan wang simpanannya.
“Dia (bapa saudara) mengawal wang ditinggalkan bekas suami termasuk
wang bantuan anak berjumlah RM400 sebulan yang diterima daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Hidup saya umpama mayat hidup selama hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna itu menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum empat anak berusia antara dua dan 12 tahun,” katanya yang kini menjalani rawatan bagi membuang kesan ilmu hitam berkenaan.

P/s : Memang bahana jika termakan@disaji santau, Segalanya arahan penyihir akan dituruti.
No comments:
Post a Comment