Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Saturday, June 30, 2012

Bolehkah Manusia Melihat Jin


Asy-Syaikh Muqbil Rahimahullahu ta'ala ditanya dengan konteks soalan seperti berikut:
 
Apakah ada manusia yang boleh melihat jin, sebagaimana yang disangka oleh sebahagian orang?

Beliau rahimahullahu menjawab:

Permasalahan jin adalah permasalahan yang cukup luas kalau kita mahu bercakap tentangnya. Orang-orang tua dahulu, mereka mempunyai banyak cerita banyak kisah tentang jin ini, tapi di antaranya ada yang benar dan di antaranya ada yang tidak benar. Akan tetapi, kami di sini berbicara berdasarkan firman Allah 'Azza wa Jalla dan sabda Rasulullah shallallahu' alaihi wa'ala aalihi wassalam. Allah berfirman:

Yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Kami mengarahkan kepadamu (wahai Muhammad) sekelompok jin, yang mana mereka mendengar Al-Quran. Tatkala mereka telah hadir di situ, mereka berkata: 'Diamlah kamu! Dengar Al-Quran. 'Dan ketika Al-Quran sudah selesai dibacakan, mereka pulang kembali ke kaum mereka untuk memberikan peringatan. "

Maka lahiriah ayat ini menunjukkan, bahawa boleh saja jin itu dilihat oleh manusia tetapi bukan dalam bentuk rupa asal mereka yang mereka diciptakan di atasnya. Adapun firman Allah Subhanallahu wa Ta'ala:

"Sesungguhnya iblis, dia melihat kalian, dia dan qabilahnya (pasukannya) melihat kalian wahai manusia, dari arah yang kamu tidak dapat melihat mereka."

Maka dalam ayat ini tidak terdapat penafian bahawa manusia boleh melihat jin. Akan tetapi ayat ini hanya menjelaskan bahawa jin-jin ini mampu untuk melihat manusia, sementara manusia tidak boleh melihat mereka.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us