Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.
Showing posts with label Infomasi. Show all posts
Showing posts with label Infomasi. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

POCONG DI TENGAH JAMBATAN KEDUA



BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 1/04/2014

Saturday, August 3, 2013

Keranda dibiar reput ‘buka’ jalan ke syurga

Beijing: Ratusan ribu keranda kayu dibiarkan reput dalam gua di China kerana penduduk setempat percaya ia dapat membuka jalan kepada si mati berangkat ke ‘syurga.’
Tradisi aneh itu diamalkan penduduk Anshun di wilayah Guizhou, barat daya China sejak zaman purba.
Bagi setiap gua yang ada di lereng curam tanah tinggi di Anshun ada lebih 500 keranda disusun di situ secara berlapis-lapis.
Menurut penduduk setempat “gua keranda” itu menjadi kegunaan lima perkampungan berhampiran sejak sekian lama. Mereka adalah penduduk dari tengah China yang berpindah ke kawasan pergunungan di Guizhou beberapa abad lalu kerana lari dari perang.
Disebabkan berharap dapat kembali ke kampung satu hari nanti mereka tidak mengebumikan saudara-mara yang mati sebaliknya menyimpan mayat mereka di dalam gua supaya ia lebih hampir kepada ‘syurga.’ Sumber lain berkata, amalan itu dibuat kerana kampung di sekitarnya sering banjir dan penduduk mahu mengelak mayat serta keranda itu dirosakkan air. - Agensi

Tuesday, July 30, 2013

Mayat jadi habuan burung

Tidak seperti tama­dun lain di dunia, penduduk di Tibet, Qinghai, Inner Mongolia dan Mongolia mempunyai tradisi tersendiri untuk mayat.
Jika di tempat lain mayat ditanam atau dibakar, penduduk di wilayah berkenaan sebaliknya menjadikan ia sebagai makanan burung hering. 
Majoriti penduduk Tibet dan ramai orang Mongolia beramal dengan pegangan Buddha Vajrayana yang mempercayai kejadian perpindahan roh.

Melalui kepercayaan itu penganut fahaman berkenaan menganggap tiada keperluan untuk mereka menyimpan mayat seseorang kerana jasad itu tidak lagi memiliki apa-apa nilai.

Justeru, mayat berkenaan dilupuskan melalui “pengebumian udara.”
Beberapa hari sebelum itu sami dikenali sebagai lama akan membacakan pelbagai mantera di sekeliling mayat selain membakar setanggi. 
Mayat itu kemudian dikerat-kerat sama ada oleh lama atau rogyapa nama bagi petugas khas yang memang kerjanya mengerat mayat.
Menurut sumber proses itu dilakukan dengan penuh bersemangat kerana bagi mereka, ia selaras dengan ajaran yang dipercayai dan memudahkan roh si mati dibebaskan. 

Sukar untuk menda­patkan sebarang kepastian kerana Tibet melarang keras sebarang lawatan untuk menyaksikan sendiri proses berkenaan. 

Bagaimanapun adalah dipercayai cebisan mayat itu kemudian diberikan kepada burung hering untuk dimakan.

Sumber lain berkata, cebisan mayat itu dibiarkan di dalam sebuah bangunan dikenali sebagai Menara Sepi selama setahun dan dibiarkan terdedah kepada pelbagai elemen serta burung.  

Kata sumber itu, cebisan mayat lelaki dan wanita diletakkan di bahagian berbeza di dalam menara itu. 

Apabila cebisan itu tinggal hanya tulang, ia kemudian dihancurkan dengan tukul, digaul dengan tepung, teh dan mentega atau susu menjadi bahan dikenali sebagai tsampa.

Bahan itu kemudian dijadikan makanan lembu serta helang. 

Pengebumian udara itu sebenarnya sekadar cara mudah untuk melupuskan mayat dalam bentuk yang terbaik.

Bagi mereka menyumbangkan jasad kepada burung hering diang­gap mulia kerana ia dapat me­nyelamatkan nyawa haiwan yang mung­kin menjadi mangsa burung berkenaan jika ia lapar.

Sumber : MyMetro 30/07/2013

Friday, July 12, 2013

Gantung Lembu Mohon Kekayaan


BEIJING - Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu.
Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.
Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram.
Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati.
Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka.
Sumber : Ecns.cn 12/07/2013

Monday, August 13, 2012

12 Hikmah Puasa


 

Ramadhan akan bakal meninggalkan kita, namun masih ada orang belum memahami apakah hikmah di sebalik puasa. Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga yang tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak kurang 12 jenis hikmah iaitu:

1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.

2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.

3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.

4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.

5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."

6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan.

7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."

8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.

9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.

10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.

11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.

12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban.

Sumber : Buku Keajaiban Ramadan (Jaffar Siddiq)

Monday, July 30, 2012

Dajjal & Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda


Semua kenyataan di bawah ini diulas dengan meneliti pemikiran penulis buku ini iaitu Muhammad Isa Dawud. Ulasan yang dibuat bukan bersifat menceritakan kembali apa yang terkandung dalam buku ini.
Ulasan ini lebih bersifat melihat apa yang difikirkan oleh Muhammad Isa Dawud ketika beliau menulis bukunya. Selain itu, ulasan ini juga meneliti apakah penemuan-penemuan baru yang ditemui beliau dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan?
oleh Ibnuyaacob


BAB 1Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas 

Tajuk bab ini sendiri sudah jelas tentang apa yang ingin didedahkan oleh Muhammad Isa Dawud yang masyur itu. Beliau semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.
Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.
Bab ini menedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID)menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.
Dalam pendedahan itu, MID (izinkan saya menggunakan singkatan ini) mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.
Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.
Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.
Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.
Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT.
Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.
Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Dajjal, Mesir, Firaun dan Musa
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.
Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.
Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina.
Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim. Penjelasan oleh Muhammad Isa Dwud berjaya menimbulkan suatu kesinambungan hidup Dajjal berdasarkan penyatuan kisah dalam hadith dan al-Quran sendiri.

BAB 2DAJJAL DI NEGERI-NEGERI BERTETANGGA (LAUT SYAITAN)
 Bab ini menyentuh tentang perjalanan Dajjal bersama perahu besarnya mencari tempat-tempat yang sesuai. Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut.
Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan.
Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.
Bab ini juga menyentuh Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakan mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.
Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya.
Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.
Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

BAB 3BENTENG DAJJAL DI SEGITIGA BERMUDA DAN MASALAH MESIR
 Bahagian ini, Muhammad Isa Dawud memulakan bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah al-Baqarah, yang bermaksud;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”
Muhammad Isa Dawud cuba memahamkan para pembaca secara berperingkat. Bab ini dihuraikan sebagai menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?.
Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah.
Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.
Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan Muhammad Isa Dawud mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini.
Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”
Bahas tentang pembinaan Segitiga Bermuda dalam bab ini seringkali terganggu dengan fakta-fakta yang meleret-leret. Kelihatan kadang-kadang apabila membaca, pembaca mungkin tersasar dari mengetahui bagaimanakah Segitiga Bermuda itu terbina?
Bagi yang membaca sekadar bacaan di mata kemungkinan besar akan melangkau mukasurat sahaja kerana bosan dengan huraian fakta yang meleret-leret.
Namun, begitulah gaya bahasa orang Arab, mereka terlalu banyak maklumat untuk menjelaskan sesuatu perkara. Malah mereka amat bersungguh-sungguh menjelaskannya.
Disebabkan itu penerbitan buku-buku ilmiah di Mesir bertimbun-timbun memenuhi pasaran dan murah pula harganya. Amat rugilah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir tetapi tidak membeli kitab di sana.

BAB 4LANUN TERBESAR : DI SEBELIK MISTERI SEGITIGA BERMUDA DAN PIRING TERBANG
 Persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab ini. Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat sebenarnya adalah tipu daya semata-mata.
UFO memang wujud tetapi fakta bahawa ianya berasal dari planet lain adalah palsu dan sengaja direka-reka oleh agen-agen Dajjal di Amerika. Muhammad Isa Dawud menjelaskan makhluk-makhluk asing itu sebenanya adalah Jin-Jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya.
Piring-piring tebang itu pula dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segitiga Bermuda.
Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Muhammad Isa Dawud ialah tentang kes-kes kehilangan kapal terbang, penculikan manusia, terserempak dengan UFO dan sebagainya. Semua kes itu adalah kes-kes yang dilaporkan oleh agensi berita Amerika.
Suatu perkara yang menarik dalam bab ini, Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Christoper Columbus tidak mengalami sebarang gangguan semasa kapalnya melalui perairan Segitiga Bermuda. Columbus dinyatakan hanya melihat cahaya-cahaya diperaran itu.
Muhammad Isa Dawud menguatkan hujahnya tentang terdapat manusia di Segitiga Bermuda yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan UFO. Sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang mempunyai pandangan sama dengannya.
Individu tersebut ialah Dr. Allen J. Haneck, Dr. Moris Gasup dan James I. McDonald, ketiga-tiga mereka adalah pakar fizik dan sejarah. Mereka amat tidak bersetuju dengan fakta yang mengatakan UFO berasal dari planet lain.
Yang pastinya menurut Muhammad Isa Dawud, dalam Segitiga Bermuda itu terdapat suatu kelompok manusia yang diasuh merencanakan cita-cita menguasai dunia. Mereka bukannya Yakjuj Makjuj.
Kami sendiri bersetuju dengan penegasan Muhammad Isa Dawud ini cuma persetujuan tidak dapat kami kemukakan bukti yang kukuh.

BAB 5TUJUH HAKIKAT 
Perbahasan terkakhir tentang Dajjal ini, Muhammad Isa Dawud menutupnya dengan menyimpulkan isu-isu sebenar yang menyelubungi fenomena piring terbang yang berlaku ke atas masyarakat dunia.
Dalam bab 5, beliau menggunakan istilah ‘hakikat’ yakni sesuatu perkara yang nyata dan sedang berlaku di sekeliling kita.

Tujuh hakikat itu ialah:-
  1. Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
  2. Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang - kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
  3. Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
  4. Piring terbang - piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
  5. Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.
  6. Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Dajjal memang wujud malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
  7. Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Menurut Muhammad Isa Dawud anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.

Friday, July 20, 2012

Patung Berusia 200,000 Tahun Ditemui Di Bulan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYvr5tOJBI-UzOQ-jiNtBjgHaDikIw2rwqNzLf3cAB4-VL9Q8Ra7EOmNhwDGSXcnoEiocoDnTXd1ojan-IrqIsv52Uf2PcobJD6ZR3f4qf0JHRlrH3Za8xPn3fLIqpFeuK_hMhnIOl1KA/s1600/3-pics.jpg

Seperti yang kita ketahui, ekpedisi ke Bulan yang dianggotai oleh Neil Amstrong pada tahun 1969 yang lalu telah membuktikan bahawa tiada kehidupan asing yang hidup di Bulan..Namun, bagaimana pula kisah nya pada 200,000 tahun yang lalu ditambah pula dengan penemuan patung yang hampir mrnyerupai wanita di permukaan Bulan?
Sebuah catatan daripada pihak saintis baru sahaja membuktikan bahawa permukaan Bulan pada suatu ketika pernah dihuni dengan kehidupan asing. Hal itu telah dibuktikan berdasarkan penemuan sebuah arca bersaiz 10 inci di permukaan Bulan.

Pakar geologi, Dr. Morris Charles menceritakan bahawa batu aneh tersebut telah dibawa ke makmal penyelidikan NASA sejurus selepas kepulangan ekspedisi Apollo 11 pada tahun 1969. Dr. Charles merupakan salah seorang penyelidik NASA yang telah bekerja selama 23 tahun sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Walaubagaimanapun, dia masih tetap menjaga hubungan dengan pihak tempat dia bekerja dahulu. 

 
 
"Arca tersebut meningkatkan perasaan ingin tahu kita. Ini bererti pada suatu waktu dahulu, atmosfera di Bulan boleh menyokong kehidupan. Selain daripada itu, arca tersebut juga menunjukkan nilai estetika yang indah dari masyarakat yang membuatnya," kata Dr.Charles kepada pemberita.

Arca yang dikenali sebagai "Angel" atau bidadari itu diperbuat daripada kombinasi besi khusus yang boleh ditemui secara ekslusif di beberapa tempat mengikut ketinggian tertentu di bulan. "Angel" merupakan arca yang menyerupai perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dengan rambut yang panjang. 


Terdapat juga kemungkinan yang arca "Angel" didatangkan khusus daripada planet lain. Berdasarkan analisis radiokarbon, pakar geologi berpendapat bahawa arca tersebut telah berusia lebih dari 200,000 tahun, yang berkemungkinan ia dibuat 170,000 tahun sebelum spesies manusia muncul di Bumi. 


Dr. Miles Fredericks dari Universiti New York ada membuat kajian mengenai teori legenda orang Sumeria yang menceritakan tentang Annunaki, dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin juga orang Sumeria pernah dikunjungi penghuni bulan, yang rupanya hampir sama dengan imej dari arca "Angel". 


Walaupun terdapat banyak persoalan yang menyelubungi misteri figura "Angel", tetapi sebahagian masyarakat mempersoalkan mengapa rahsia tersebut disimpan begitu lama. "Artifak ini telah menjadi rahsia umum kepada pihak NASA selama bertahun-tahun. Namun pihak NASA terpaksa menyimpan rahsia ini bagi mencegah masyarakat dunia daripada menjadi panik.

p/s: Alam semesta ni luas, tak mustahil ada kehidupan lain selain manusia..  

Sunday, July 15, 2012

Diruqyah 4Kali Jin Belum keluar



Assalam, tentunya bulan yang mulia bulan ramadhan ini, kita akan berpuasa namun para sahabat semua yang juga sering tertanya-tanya apakah jin akan mengganggu ibadah puasa kita nanti. Di sini saya kongsikan soal jawab mengenai gangguan jin ketika bulan ramadhan ini.

Assalaamu'alaikum Wr.Wb.
Ustadz yang kami hormati, saya sebelum mengenal ruqyah tidak merasa ada keluhan apa-apa, namun kerana ingin kepastian apa ada jin yang bersarang di tubuh, akhirnya saya ikut acara ruqyah, ternyata ada reaksi di sekitar leher. Sampai-sampai ustaz peruqyahnya boleh wawancara dengan jin tersebut. Saya setengah sedar mengucapkan dua kalimah syahadat waktu itu, namun jin belum boleh keluar.
 
Di lain waktu saya ke situ lagi, dan jin tersebut belum keluar juga. Saya cari Ustad lain untuk meruqyah namun masih belum boleh juga, terkini ke ustaz yang lain lagi juga belum keluar. Hingga sekarang saya suka terasa reaksi jika zikir, solat ataupun baca Al-Quran.
 
Yang ingin saya tanyakan:
1. Mengapa pada waktu belum diruqyah ibadah saya lancar-lancar saja tapi sekarang setelah diruqyah sering bertindak balas?
2. Apa yang harus saya lakukan dengan keadaan saya sekarang? Apakah boleh saya meruqyah sendiri? Kalau boleh bagaimana caranya?
3. Apakah jin yang ada di dalam tubuh membahayakan aqidah kita?
4. Apakah jin tersebut berpengaruh langsung terhadap kedudukan hamba disisi Allh SWT? Dan apakah boleh menghalang keredhaanNya?
5. Bagaimana bila ajal tiba sedangkan jin tersebut belum keluar, apakah menghalang kemasukan hamba ke dalam syurga?
6. Di bulan Ramadhan yang lalu pada saat solat malam saya juga bertindak balas, mengapa boleh, padahal ada hadis yang mengatakan bahawa syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan?
 
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Triyono
 
Jawapan
 
Wa'alaikumsalaam wr. wb.
 
Saudara Triyono, ada hal yang harus diluruskan bahawa ruqyah itu tidak mengundang jin, tetapi ruqyah itu adalah doa-doa untuk menghilangkan jin. Maka, kalaupun kemudian anda bertindak balas, padahal anda tidak mempunyai gangguan jin. Mungkin anda selama ini tidak merasa, kalau sesungguhnya anda mempunyai gangguan.
 
Malangnya, anda tidak menceritakan secara detail, apakah anda mempunyai gangguan rasa sakit di sekitar leher, atau anda sesungguhnya anda mempunyai masalah secara psikologi. Seperti cepat marah, berat menjalankan ibadah, sering menunda untuk berbuat baik. Ertinya, hal tersebut merupakan indikasi anda menghadapi gangguan, tapi anda tidak mengetahuinya. Dan begitu diruqyah, anda baru mengetahui ternyata anda mempunyai gangguan jin.
 
Setelah berulangkali anda melakukan ruqyah, tapi tidak kunjung selesai. Tidak semua masalah boleh selesai dalam masa yang cepat. Sahabat saja dengan tingkatannya, ketika mereka meruqyah ada yang butuh waktu sampai 3 hari. Maka dari itu, diperlukan kesabaran, jadi bukan peringkat hasil kita akan sembuh, tetapi itu merupakan usaha syar'i yang akan dicatat oleh Allah SWT sebagai pahala, kerana kita menjauhi usaha yang syirik.
 
Jadi lakukan ruqyah terus, kerana memang tidak ada penyelesaian lain dalam Islam, selain ruqyah. Anda boleh melakukan ruqyah sendiri, caranya anda boleh mendengar kaset ruqyah atau anda membaca sendiri bacaan ruqyahnya. Kemudian peganglah bahagian yang bertindak balas dan sakit, anda memukulnya dan menekannya, setelah itu jin tersebut harus keluar. Anda harus melindungi diri dengan berlindung kepada Allah SWT, beribadah yang rajin. Bacalah Basmallah bila ingin mengerjakan apa saja.
 
Syaitan selalu berusaha membuat manusia keluar dari jalan kebenaran, sebagaimana sumpah iblis dalam Al-quran, akan menggelincirkan manusia dari jalan yang lurus. Tapi, apabila anda kuat iman dan ibadahnya. Maka kewujudan syaitan dalam tubuh tidak akan mempengaruhi keimanan seseorang. Dan ketika seseorang meninggal sedangkan sudah ditakdirkan jin itu belum boleh keluar, tidak akan mempengaruhi orang tersebut di sisi Allah SWT, bahkan boleh menambah pahala. Kerana selama ini dia tersiksa dengan oleh jin tersebut. Dalam Islam seperti kita ketahui, jangan gangguan jin yang berat, duri yang menusuk kaki orang beriman dianggap sebagai pahala penghapus dosa.
 
Apakah jin di tubuh boleh menghalang seseorang untuk masuk syurga? Selama dia tidak mengikuti perintah bisikan-bisikan jin yang sesat, maka tidak akan menjadi masalah dan tidak akan menghalagi seseorang masuk syurga. Kerana masuk syurga atau tidak adalah bagaimana usaha kita dengan baik serta mendapat rahmat dari Allah SWT.
 
Di bulan Ramadhan syaitan dibelenggu? Dalam hadis lain, ternyata yang diikat adalah syaitan-syaitan yang melakukan pembangkangan yang luar biasa. Jadi tidak semua syaitan, sehingga wajar jika masih ada syaitan yang mengganggu manusia di bulan Ramadhan. Kewujudan jin dalam tubuh dapat mengganggu. ertinya mengapa anda berekasi di bulan Ramadhan. Jangan pernah berputus asa, kerana dalam ruqyah tidak ada istilah berputus asa. Lakukanlah ruqyah, semoga Allah selalu melindungi kita.
 

Saturday, July 14, 2012

Syaitan di Bulan Ramadhan



Saya rasa ramai keliru di antara syaitan dan jin di bulan Ramadhan, maka di sini saya kongsikan ilmu dari saudara seIslam saya, Tuan Junied, semoga beliau mendapat pahala di atas ilmu yang dikongsikan, Terpulang sama ada untuk mempercayainya atau tidak, tiada paksaan dalam Islam

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli dan Syaitan Terbitan:

SYAITAN ASLI
- IBLIS

1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman dari sebab pengenalan meraka yang sangat dalam kepada kebenaran.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: "Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka"


SYAITAN TERBITAN - JIN & MANUSIA

Iaitu, adapun kerja Syaitan Asli itu adalah menngerjakan juga mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka apabila jin bukan syaitan Asli termasuk jin Kafir dan manusia melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai syaitan (ketika mengerjakannya).

Kalau ia berhenti atau tak buat maka ia bukan lagi dipanggil syaitan, iaitu Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang buat kerja Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu kalau mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan kalau ia mengerjakan kebaikan pun, ia tetap syaitan.

Kerana kejahatan dan kebaikan Syaitan Asli itu sama saja tujuannya iaitu kejahatan (tipudaya semata-mata).

Jin bukan Syaitan Asli maka ia seperti manusia ada baik ada jahat dan ada berbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila saja kalau ia mahu contohnya dari baik kepada jahat atau sebaliknya, dan menukar agama atau dari beragama kepada tak beragama atau sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tapi tak mustahil berubah dan ada pula yang mudah insaf dari kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah dari kalangan jin bukan Syaitan Asli.

DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang ditangkap dan dikurung manakala jin bukan Syaitan Asli sebagaimana manusia tetap bebas.

Dan dari kalangan dua golongan inilah yang menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan).

Begitu juga yang mengganggu menakutkan yang mendampingi atau menyerang termasuk jin sihir, yang merasuk, yang menghuni jasad manusia itu adalah jin biasa dan bukan Syaitan Asli.

Maka dalam bulan Ramadan ia akan terus mengganggu dan menyakiti manusia.

Pada satu buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara tentang Syaitan Asli, iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga bangsa jin tapi ia dapat menghasut golongan jin bukan Syaitan Asli itu sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa terlihat dan tanpa disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian jin dari kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian jin bukan dari golongan Syaitan Asli.

Ada riwayat menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (dari kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas.

Ketika terdengar satu seruan maka melihat kepadanya seluruh penghuni Neraka dan dengan segera mereka mengenalnya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: "Kerana engkau lah kami menjadi penghuni Neraka..."

Jawab Iblis: "Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tapi kamu sedirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatku, tapi laknatlah dirimu sendiri."

Wallohu a'lam

P/S : Selalu bulan ramadhan ada manusia yang berperangai mengalahkan syaitan. Renungkan wahai sahabat semua. Syaitan hanya menghasut, manusia diberikan akal fikiran untuk memikirkannya.

Friday, July 13, 2012

Mengenalpasti Ciri-Ciri Bomoh JIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA69PKj7QGxGdMELDjtJSEQo5t_-KH3PVjm_Yb_CGXXEnwiPZ6gQQjfyfMtUnvvkwZedaXm1HmaH0_XtUzf6c0FUclVkjJekx6OT7KGyrM4UMI3QWdudPVlW0ptOkEtpG-_yWxgYNgBYIi/s400/jpbc4.jpg

Kali saya nak bercerita serba-sedikit pula pasal ciri-ciri bomoh yang merawat pesakit menggunakan sihir.Terdapat beberapa ciri-ciri bomoh yang mengamalkan sihir dan kalau dilihat sekali imbas mcm bukan sihir. Ini adalah kerana pengamal sihir juga akan membaca ayat Al-Quran terlebih dahulu,istigfar dan sebagainya, mungkin tujuannya untuk mengelirukan pesakit atau memang syaratnya macam tu agar pesakit berasa yakin dengan bomoh tersebut.
 
Ciri-cirinya adalah :-
  1. Selalunya bomoh macam ini suka memberi tangkal sama ada untuk dipakai sebagai pendinding atau ditanam disekitar rumah atau tempat laluan orag ramai dan sebagainya.
  2. Suka menggunakan kemenyan ketika seisi rawatan,umumnya semua orang tahu asap adalah makanan jin dan jin suka bau asap yang busuk.
  3. Kebiasaanya bomoh mcm ni suka membaca ayat Al-Quran secara kuat tapi lepas tu perlahan,dia pun pandai waktu baca mantera diperlahankan suara. 
  4. Minta macam benda untuk digunakan semasa rawatan,biasanya haiwan ternakan seperti ayam,tumbuhan-tumbuhan seperti pisang dan sebagainya.
  5. Berdasarkan kepada pengalaman saya ,kalau berubat menggunakan sihir,pesakit akan berasa tak tenteram,resah,kadang sampai ke tahap malas melakukan ibadah.(orang lain saya tak tahulah)
  6. Suka bercakap sorang-sorang seolah-olah ada ada makhluk lain yg kita tak nampak.Berhati-hati pada bomoh segera dimana pd mula-mulanya sakit tiba-tiba bila dah baik boleh ubat org ( jadi bomoh ).Biasanya bomoh mcm ni suka guna pengantaraan dgn jin.Pakaian yg dipakai pun selalu berubah-ubah mengikut jin yg meresap ke badannya.

P/S : Yang membimbangkan bomoh yang berselindung di sebalik agama.

Sunday, July 8, 2012

Pengamal Ilmu Hitam Makan Daging Manusia


Sekumpulan pemburu ahli sihir mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk Papua New Guinea apabila membunuh, memakan daging dan meminum darah mangsa sehingga memaksa pilihan raya ditunda. Kumpulan itu dituduh membunuh tujuh orang, lima lelaki dan dua wanita, yang didakwa mengamalkan ilmu hitam di hutan terpencil di Madang.
Polis berkata, mereka menahan 29 anggota kumpulan itu termasuk remaja lelaki berusia 13 tahun tetapi pemimpinnya masih bebas.

Ia bermula sebagai cubaan mengekang ugutan oleh ahli sihir meminta wang daripada penduduk yang sakit. Namun aktivis anti ahli sihir mula percaya mereka mempunyai kuasa khas mengesan pengamal ilmu hitam itu.

“Ahli sihir sudah tidak dapat dikawal di kampung ini. Ia sesuatu baik satu ketika dulu, tetapi kini menjadi sebaliknya. Mereka membunuh mangsa pertama di tepi jalan raya.

“Mereka mengorek hatinya, memotong otak dan meminum darahnya,” kata aktivis politik kepada The Sydney Morning Herald.

Percaya kepada sihir memang biasa di negara Pasifik itu, yang mempunyai Akta Sihir bertujuan menghalang serangan ke atas penduduk yang dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Siri serangan kumpulan pemburu ahli sihir dengan 500 anggota itu mengganggu perjalanan pilihan raya dan memaksa undian sela-ma dua minggu dijadualkan berakhir kelmarin ditangguhkan.

Dakwaan rasuah dan penipuan undi, selain kesukaran mendapatkan kotak undi daripada wilayah terpencil, menambah kepada penangguhan itu.

Polis berkata, penduduk berhampiran ibu pejabat kumpulan berkenaan tidak boleh mengundi kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Komander polis, Anthony Wagambie Jr, berkata 12 anggota kumpulan berkenaan melakukan pembunuhan dan semua anggotanya terbabit memakan mangsa. - Agensi

Rupa Makhluk Asing Menyerupai Obor-Obor

Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor 

LONDON - Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.


"Ia seperti obor-obor besar, lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai perut berwarna oren," katanya yang merakamkan imej itu melalui kamera satelit.


Katanya, warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk bawang berfungsi sebagai alat apungan.


“Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut, tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia boleh terapung,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 08/07/2012 

P/s : Makhluk asing juga perkara ghaib, mereka juga seperti manusia ada pelbagai jenis kaum dan rupa.  

Saturday, July 7, 2012

Toyol Peliharaan




Seorang warga tua di sebuah pekan di Pahang didapati memelihara "seekor" makhluk yang dikatakan toyol.Makhluk yang berukuran kira-kira 15 sentimeter tinggi dan sebesar penumbuk orang dewasa itu berada di dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram. Badan makhluk itu berwarna kehijau-hijauan dengan matanya merah saga, manakala badannya diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih.

Pekebun itu pertama kali terserempak makhluk itu di sebuah ladang getah dan menurutnya, Makhluk itu meminta sedikit darah daripadanya kerana makhluk itu hampir mati akibat susuran ilmu terhadap makhluk itu.
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam. Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.
Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

P/s : Syaitan atau Jin mampu mengubah rupa untuk menyesatkan pemelihara toyol menyerupai toyol kecil.

Friday, July 6, 2012

10 Punca Jin Tinggal Serumah



1.Tapak rumah ada punca air mata air
Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau.Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam. kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah. Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah. Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’ kerana ia di bina di kawasan penempatan jin. Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah SWT seperti kita juga. Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman.

2. Tapak rumah ada kubur
Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada jasad manusia yang di buang (mungkin kerana dibunuh atau kemalangan) Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu hendaklah dipindahkan terlebih dahulu. Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya. Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan.

3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin
Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya. Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya.

4. Dalam rumah ada tangkal sihir
Iaitu dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya atau tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya.
kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan. Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal. Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya. Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’.

5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia
Iaitu kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada. Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu. Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah.

6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya
Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’. (patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia). Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya. 

7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin
Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu, samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka. Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu. Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya. Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’. kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya. Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya

8. Rumah yang disihir
Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah. Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah. Kemudian ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin, terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat. 

9. Mengamalkan ilmu sihir
Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya. Biasanya, kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir, maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru, mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun, mana-mana saja pun boleh jadi. Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’.

Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang

10. Jin liar ikut pulang
Iaitu biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana samada siang apalagi di waktu malam tanpa doa pendinding diri atau persediaan maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab jin itu ikut pulang ke rumah. Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka tanpa disedari manusia.

Thursday, July 5, 2012

Minyak Dagu Atau Minyak Pengasih



Kisah ini merupakan kesan daripada Minyak Dagu @ Minyak Pengasih? Sejauh mana keberkesanan minyak dagu tersebut pada zaman moden ini. Penggunaan minyak dagu adalah untuk menundukkan atau memiliki seseorang hanya dengan secara calit-mencalit minyak dagu tersebut pada individu yang diingini.

Bahan menyediakan Minyak Dagu adalah seperti berikut :

  • Mayat Perempuan mati mengandung yang mana masih terdapat janin didalamnya
  • 7 jenis abu mayat dari 7 tanah perkuburan
  • Minyak dagu kokang, mawas, beruk
  • Anjing hitam
  • Mayat orang mati dibunuh secara kejam
  • Mayat orang mati kemalangan (Perempuan)

Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing-punsing maka ia adalah hidup.

Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.

Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam. Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.

Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalau susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.

Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalau yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama kerana jiwa@roh pesakit sudah disimpan dalam botol tertutup oleh bomoh, ibarat hidup pesakit tanpa hala tuju seperti mayat hidup.
  1. Mandi dan minum Air Kelapa (Membuang jin sihir dalam badan)
  2. Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
  3. Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
  4. Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat
"Lailahaillah Wahdahu La Syariikalah Lahu Mulku Walahul Hamdu Wahua Ala Kulli Syai’in Qadiir"

P/S : Jika terlalu teruk, anda carilah perawat perubatan Islam untuk membantu anda.

Monday, July 2, 2012

Tips Mengubati Anak Nakal & Malas

Sekiranya ada anak-anak kita yang mengalami sifat negatif seperti itu, maka di sini kita kongsikan tips mudah untuk mengubati anak-anak nakal & malas. 
  1. Bangun ketika azan Subuh
  2. Berwuduk dan tunaikan Solat Subuh
  3. Bacakan Al-Fatihah sebanyak 21 kali pada sebotol air minuman (mineral) yang dibuka penutupnya.
  4. Berdoakan pada Allah apa yang dihajatinya serta nama penuh mereka.
  5. Berikan air minuman yang dirukyahkan setiap awal pagi pada anak kita dengan mulai Bismillah dan Selawat ke atas Nabi 3 kali.
Selain itu, lapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid. 

InsyaAllah, sama-sama kita mendidik anak kita agar tidak menyesal kemudian hari dan semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain.

Saturday, June 30, 2012

Meminta Tolong Jin untuk Mengetahui Penyakit


Tidak boleh meminta bantuan jin untuk mengetahui penyakit yang hinggap atau cara mengubatinya. Kerana meminta pertolongan dari jin itu syirik, berdasarkan firman Allah:

"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan .." (QS. Al-Jin: 6)

Juga firman Allah:

"Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman):" Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia ", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia:" Ya Rabb kami, sesungguhnya sebahagian dari pada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami. "Allah berfirman:" Nerakalah tempat kediaman kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain). "Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-An'aam: 128)

Arti mengambil kesenangan sebahagian mereka dari yang lain adalah bahawa manusia memuliakan jin dan jin itu membantu mereka dalam hal yang mereka inginkan, serta mendatangkan apa yang mereka minta. Di antaranya adalah memberitahukan kepada mereka keadaan penyakit dan sebab-sebabnya yang hanya diketahui oleh jin dan tidak diketahui oleh manusia. Kadang-kadang mereka berdusta, kerana mereka memang tidak boleh dipercayai dan tidak boleh mempercayai mereka.  

Wallahu A'lam.

Memburu Hantu Atau Jin


Aktiviti memburu hantu di Malaysia kini semakin popular malahan di seluruh dunia turut ghairah mencari fakta,merakam gambar serta video mengenai hantu. Pelbagai gadget atau alat-alat untuk mencari hantu dicipta. Namun kita sebagai umat Islam yakini bahawa hantu itu adalah jin.

Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan Allah dari api dan keberadaannya tersembunyi, tidak dapat dilihat oleh mata kita (manusia). Sesuai dengan nama yang telah diberikan Allah kepadanya, iaitu Jin. Yang berasal dari kata, "Janna-Yajannu" yang bermaksud menutup / menyembunyikan. (Kamus al-Munawwir: 215)

Prof. Dr. M. Quraish Shihab berkata, "Apabila jin berubah bentuk, maka anda dapat menangkap dan membunuhnya, kerana pada saat seperti itu, ia tidak dapat berlepas diri dari hukum alam yang berkaitan dengan manusia. Itulah sebabnya, semasa Rasulullah diganggu oleh jin yang berbentuk manusia, beliau bermaksud menangkap dan mengikatnya di tiang masjid agar dapat dilihat orang banyak. "(Buku; Yang Tersembunyi: 46-47, dan dia menukil penjelasan Syeikh M. Mutawalli Sya'rawi dalam Kitab as-Sihru wal Hasad).
 
Secara fizikalnya belum ada yang dapat membuktikan ia wujud. Secara imaginasinya hasil daripada pengalaman pertemuan dalam interaksi insan yang dirasuk makhluk halus, itulah yang paling banyak boleh digambarkan.

Banyak orang menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapat bukti nyata, seperti memasang kamera yang dihalakan di tempat-tempat yang didakwa ada makhluk halus, dikumpulkan beberapa orang di tempat tertentu dan mereka berkomunikasi dengan makhluk ini, semuanya berlaku sekadar imbasan, bunyian, bayangan dan rupa paras yang tidak pasti.


Dalam istilah Arab, hal-hal yang sedemikian ini disebutkan sebagai al-ashbaah atau bayang-bayang. Seolah-olah masyarakat Arab menggambarkan makhluk halus tidak lebih dari bayang-bayang yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang.


Maka dengan itu, sampai ke peringkat ada yang tidak mempercayai makhluk halus wujud kerana tidak pernah dilihat secara fizikal dalam sejarah sama ada dilihat dengan mata atau dipegang dengan tangan.

Walaupun jin itu makhluk yang tersembunyi, wujud aslinya tidak boleh dilihat oleh mata, namun kita harus percaya bahawa mereka ada. Dan itu masuk bahagian dari iman kepada yang ghaib. Allah telah mencipta mereka untuk beribadah kepada-Nya, sebagaimana Dia menciptakan manusia.

Allah berfirman, "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas. "(QS. Al-Hijr: 26-27).

Allah telah berfirman, "Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (QS. Adz-Dzariyat: 56).

Jin jahat (Iblis dan syaitan) adalah musuh manusia. Oleh kerana itu kita tidak usah disibukkan diri dengan memburu dan mengejar mereka. Kalau boleh jangan berharap bertemu dengan syaitan atau jin. Mohonlah kepada Allah agar terhindar dari kejahatan mereka. Namun jika mereka menyerang dan mengganggu kita, maka kita harus melawan dan jangan takut, kerana Allah bersama sentiasa kita.
 
P/s :  Adapun menolak mentah-mentah adanya makhluk itu, menafikan kewujudan mereka, ertinya mereka menafikan benarnya Al-Quran. Namun anda harus berhati-hati dalam melakukan aktiviti memburu hantu kerana Agar kita tidak terjebak dalam tipu muslihat syaitan, Jawapannya tidak lain tidak bukan, hanyalah ingin menyesatkan kita dari jalan yang benar, yang kelak Iblis boleh punya teman yang sebanyak-banyaknya dalam neraka Jahannam yang telah dijanjikan Allah

Wallohu A‘lam bish Showab.

Like & Share with us