Tidak seperti tamadun lain di dunia, penduduk di Tibet, Qinghai, Inner Mongolia dan Mongolia mempunyai tradisi tersendiri untuk mayat.
Jika di tempat lain mayat ditanam atau dibakar, penduduk di wilayah berkenaan sebaliknya menjadikan ia sebagai makanan burung hering.
Majoriti penduduk Tibet dan ramai orang Mongolia beramal dengan pegangan Buddha Vajrayana yang mempercayai kejadian perpindahan roh.
Melalui kepercayaan itu penganut fahaman berkenaan menganggap tiada keperluan untuk mereka menyimpan mayat seseorang kerana jasad itu tidak lagi memiliki apa-apa nilai.
Justeru, mayat berkenaan dilupuskan melalui “pengebumian udara.”
Beberapa hari sebelum itu sami dikenali sebagai lama akan membacakan pelbagai mantera di sekeliling mayat selain membakar setanggi.
Mayat itu kemudian dikerat-kerat sama ada oleh lama atau rogyapa nama bagi petugas khas yang memang kerjanya mengerat mayat.
Menurut sumber proses itu dilakukan dengan penuh bersemangat kerana bagi mereka, ia selaras dengan ajaran yang dipercayai dan memudahkan roh si mati dibebaskan.
Sukar untuk mendapatkan sebarang kepastian kerana Tibet melarang keras sebarang lawatan untuk menyaksikan sendiri proses berkenaan.
Bagaimanapun adalah dipercayai cebisan mayat itu kemudian diberikan kepada burung hering untuk dimakan.
Sumber lain berkata, cebisan mayat itu dibiarkan di dalam sebuah bangunan dikenali sebagai Menara Sepi selama setahun dan dibiarkan terdedah kepada pelbagai elemen serta burung.
Kata sumber itu, cebisan mayat lelaki dan wanita diletakkan di bahagian berbeza di dalam menara itu.
Apabila cebisan itu tinggal hanya tulang, ia kemudian dihancurkan dengan tukul, digaul dengan tepung, teh dan mentega atau susu menjadi bahan dikenali sebagai tsampa.
Bahan itu kemudian dijadikan makanan lembu serta helang.
Pengebumian udara itu sebenarnya sekadar cara mudah untuk melupuskan mayat dalam bentuk yang terbaik.
Bagi mereka menyumbangkan jasad kepada burung hering dianggap mulia kerana ia dapat menyelamatkan nyawa haiwan yang mungkin menjadi mangsa burung berkenaan jika ia lapar.
Sumber : MyMetro 30/07/2013
No comments:
Post a Comment