Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Monday, October 14, 2013

SUAMI NIKAH JIN

Adakah anda:

Kuala Lumpur: “Selama lebih 30 tahun bergelar isteri, saya banyak bersabar dengan kerenah suami yang langsung tidak mempedulikan rumah tangga dan kerap menghilangkan diri ke negara jiran.
“Kami seolah-olah terputus hubungan. Dia langsung tidak menelefon apatah lagi pulang menyambut Aidilfitri bersama sejak lima tahun lalu. Tiba-tiba dia pulang dan membuat pengakuan sudah beristerikan jin ketika menuntut ilmu di negara berkenaan,” kata Norehan, 58.
Warga emas itu tampil membuat pendedahan selepas tidak tahan hidup bersama suami yang mengamalkan sihir selain meninggalkannya bersama dua anak menguruskan kehidupan sendiri di tanah air.

Katanya, dia terkejut besar apabila mengetahui suaminya benar-benar menuntut ilmu songsang termasuk mengaku bernikah secara batin dengan jin di luar negara.
“Sejak dia pulang saya sedar perubahannya. Dia kerap berbuat baik dan sering meminta layanan lebih di bilik tidur tidak kira siang mahupun malam.

“Begitupun saya mula mengesyaki perkara menakutkan apabila dilayan kasar setiap kali hubungan seks hingga terpaksa menyerah dalam keadaan menekup muka kerana tidak tahan melihat mukanya,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Kebangsaan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Nurul Aini Yausoff di sini, minggu lalu.

Berikutan tidak tahan diperlakukan begitu, Norehan nekad meminta penjelasan sebelum rahsia suaminya terbongkar satu demi satu.

“Saya bukan saja dipukul, malah suami sanggup mengherdik saya di depan anak-anak hanya kerana perkara kecil termasuk ketika saya menyuruhnya bersolat dan puasa.

“Sedangkan sebelum ke negara jiran, dia boleh dibawa berbincang, bertolak ansur serta rapat dengan anak-anak,” katanya.

Norehan berkata, akibat terlalu taasub dengan ilmu songsang dituntut, suaminya bertukar menjadi aneh.

“Sejak menuntut ilmu pelik, dia selalu bercakap seorang diri dan merayu untuk bersama setiap hari. Paling menakutkan ada ketikanya dia merenung saya dengan mata kemerahan serta mengikut gerak geri saya tanpa jemu.

“Saya menjadi tambah bingung selepas kerap terjumpa barangan pelik seperti kain kuning dan botol dalam beg sandang suami. Anak-anak pula tunduk pada setiap kemahuannya,” katanya.

Selain itu, Norehan berkata, suaminya juga tidak betah di rumah dan hanya mampu bertahan kira-kira tiga jam sehari sebelum menghilang ke kedai kopi dan berbual panjang hingga ke awal pagi.

“Saya hanya bimbangkan dia. Kami bukannya muda lagi dan saya tidak mahu dia berterusan begitu selepas kami berpisah nanti,” katanya yang memohon khidmat nasihat untuk menuntut fasakh.

Sementara itu, Nurul Aini berkata, semakan pihaknya mendapati, Norehan sudah beberapa kali hadir di mahkamah, tetapi kes berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana dia tidak diwakili peguam.
Sumber: Harian Metro 14/10/2013

Thursday, September 19, 2013

Bayi menderita sukar tidur

Adakah anda:

GUAL PERIOK - Kepanasan menyebabkan seorang bayi berusia sembilan bulan dari Kampung Tersang tidak dapat melelapkan mata, sejak tiga bulan dilahirkan.

Pengamal Pusat Perubatan Islam at-Tobibi, Datuk Ustaz Shamsuri Shafie berkata, orang lain mungkin berasa sejuk setiap kali menyentuh kulit pesakit tetapi sebaliknya pesakit pula berasa kulitnya panas.

“Kita percaya adik Lia Nur Zahirah Osman diganggu oleh saka keluarga atau makhluk halus (iblis).

“Ia menyebabkan bayi malang ini mengalami rasa penat melampau dan hilang selera makan, seterusnya kurang zat makanan. Sebab itulah tubuh badan adik Lia Nur Zahirah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Shamsuri turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengamalkan teknik perubatan menjurus ke arah tahyul dan syirik, sebaliknya kembali kepada perubatan Islam.

Menurutnya, jika usaha dilakukan berjaya mengubati penyakit bayi tersebut, ia adalah satu rahmat kepada  keluarga berkenaan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, sebelum ini dia mendapatkan tangkal daripada seorang bomoh dari Thailand.

Sejurus selepas itu katanya, anak bongsunya sukar tidur, menangis tanpa henti dan sering mendongak ke atas seakan-akan melihat sesuatu.

“Bayi seusianya sepatutnya tidur 15 hingga 20 jam sehari, namun kekurangan tidur menyebabkan badannya kepenatan seterusnya menjurus kepada masalah lain.

“Selepas mendapatkan rawatan secara Islam, saya amat gembira kerana Lia Nur Zahirah dapat tidur dengan lebih nyenyak dan kurang menangis," katanya selepas menerima sumbangan hamper makanan dan wang tunai daripada Sinar Harian dengan kerjasama beras Era Bayam Kota, Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad, Pusat Perubatan Islam al-Tobibi dan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK).


Sumber: Sinar Harian 19/09/2013

Monday, August 5, 2013

Ugut Sihir Isteri

Adakah anda:
Kuala Lumpur: Dia bukan sekadar menendang dan memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam kejadian jam 6 pagi.

Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.

Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup sebelum meminta daripada isterinya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6 pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.

“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berkahwin lagi.

“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.

“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.
Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.

“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang kandung wanita terbabit datang ke rumah.

Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Sumber : MyMetro 05/08/2013 

P/s: Sudah terkena sihir pembenci, jika terkena mereka akan bertindak mengikut hawa nafsu & amarah.

Saturday, August 3, 2013

Keranda dibiar reput ‘buka’ jalan ke syurga

Adakah anda:
Beijing: Ratusan ribu keranda kayu dibiarkan reput dalam gua di China kerana penduduk setempat percaya ia dapat membuka jalan kepada si mati berangkat ke ‘syurga.’
Tradisi aneh itu diamalkan penduduk Anshun di wilayah Guizhou, barat daya China sejak zaman purba.
Bagi setiap gua yang ada di lereng curam tanah tinggi di Anshun ada lebih 500 keranda disusun di situ secara berlapis-lapis.
Menurut penduduk setempat “gua keranda” itu menjadi kegunaan lima perkampungan berhampiran sejak sekian lama. Mereka adalah penduduk dari tengah China yang berpindah ke kawasan pergunungan di Guizhou beberapa abad lalu kerana lari dari perang.
Disebabkan berharap dapat kembali ke kampung satu hari nanti mereka tidak mengebumikan saudara-mara yang mati sebaliknya menyimpan mayat mereka di dalam gua supaya ia lebih hampir kepada ‘syurga.’ Sumber lain berkata, amalan itu dibuat kerana kampung di sekitarnya sering banjir dan penduduk mahu mengelak mayat serta keranda itu dirosakkan air. - Agensi

Tuesday, July 30, 2013

Mayat jadi habuan burung

Adakah anda:
Tidak seperti tama­dun lain di dunia, penduduk di Tibet, Qinghai, Inner Mongolia dan Mongolia mempunyai tradisi tersendiri untuk mayat.
Jika di tempat lain mayat ditanam atau dibakar, penduduk di wilayah berkenaan sebaliknya menjadikan ia sebagai makanan burung hering. 
Majoriti penduduk Tibet dan ramai orang Mongolia beramal dengan pegangan Buddha Vajrayana yang mempercayai kejadian perpindahan roh.

Melalui kepercayaan itu penganut fahaman berkenaan menganggap tiada keperluan untuk mereka menyimpan mayat seseorang kerana jasad itu tidak lagi memiliki apa-apa nilai.

Justeru, mayat berkenaan dilupuskan melalui “pengebumian udara.”
Beberapa hari sebelum itu sami dikenali sebagai lama akan membacakan pelbagai mantera di sekeliling mayat selain membakar setanggi. 
Mayat itu kemudian dikerat-kerat sama ada oleh lama atau rogyapa nama bagi petugas khas yang memang kerjanya mengerat mayat.
Menurut sumber proses itu dilakukan dengan penuh bersemangat kerana bagi mereka, ia selaras dengan ajaran yang dipercayai dan memudahkan roh si mati dibebaskan. 

Sukar untuk menda­patkan sebarang kepastian kerana Tibet melarang keras sebarang lawatan untuk menyaksikan sendiri proses berkenaan. 

Bagaimanapun adalah dipercayai cebisan mayat itu kemudian diberikan kepada burung hering untuk dimakan.

Sumber lain berkata, cebisan mayat itu dibiarkan di dalam sebuah bangunan dikenali sebagai Menara Sepi selama setahun dan dibiarkan terdedah kepada pelbagai elemen serta burung.  

Kata sumber itu, cebisan mayat lelaki dan wanita diletakkan di bahagian berbeza di dalam menara itu. 

Apabila cebisan itu tinggal hanya tulang, ia kemudian dihancurkan dengan tukul, digaul dengan tepung, teh dan mentega atau susu menjadi bahan dikenali sebagai tsampa.

Bahan itu kemudian dijadikan makanan lembu serta helang. 

Pengebumian udara itu sebenarnya sekadar cara mudah untuk melupuskan mayat dalam bentuk yang terbaik.

Bagi mereka menyumbangkan jasad kepada burung hering diang­gap mulia kerana ia dapat me­nyelamatkan nyawa haiwan yang mung­kin menjadi mangsa burung berkenaan jika ia lapar.

Sumber : MyMetro 30/07/2013

Anggap kewujudan objek rahmat Ramadan

Adakah anda:


KOTA BHARU- Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin.

Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.
“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.

“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.

Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.

Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.

Sumber : Sinar Harian 30/07/2013

Monday, July 29, 2013

Amah Indonesia Sihir Keluarga Arab

Adakah anda:

Sebuah keluarga di Arab Saudi mendedahkan mereka terkejut apabila mendapati pembantu rumah Indonesia mereka telah menggunakan ilmu hitam kepada mereka untuk mencapai keuntungan peribadi, akhbar tempatan melaporkan hari ini.

The pembantu rumah yang dikenali sebagai Suma Rini katanya dibuang sebanyak 55 jampi, yang menyebabkan beberapa ahli keluarga terjerumus ke dalam keadaan koma, lelaki dimasukkan ke hospital dan ahli-ahli lain yang menghidap pelbagai penyakit dan kesakitan, Warta Saudi dilaporkan.

Mangsa sihir yang tidak dinamakan dalam laporan itu, digambarkan bagaimana keluarga menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan pembantu rumah ketika dia melawat anak mereka di hospital dan memberitahu ibunya bahawa budak lelaki itu dirasuk syaitan.

Pembantu rumah itu berkata beliau telah membaca tentang sihir, sihir dan conjuring sehingga jin ketika berada di Indonesia dan berkata dia dapat melihat di mata kanak-kanak itu bahawa dia mempunyai, kertas dilaporkan.

Mereka mula mengesyaki pembantu rumah yang terlibat selepas dia melarikan diri dalam keadaan panik berkata "segala-galanya telah menjadi gelap" apabila Al-Quran dibacakan dalam usaha untuk mengurangkan budak lelaki itu, kata akhbar itu.

Rini telah ditangkap selepas dia ditipu dengan cek palsu untuk mengaku bahawa dia telah membuang mantra. Rini memberitahu keluarganya walaupun dia tahu bagaimana untuk melakukan sihir, tetapi tidak tahu bagaimana untuk membatalkan ia.

Pihak berkuasa menemui tempat di mana dia telah menyembunyikan mantera dan kertas melaporkan bahawa pembantu rumah telah menggunakan pin, paku, kaca pecah, penggantung pakaian dan simbol yang tiada siapa boleh memahami.

Thursday, July 18, 2013

Mangsa Pukau Selamat Pulang

Adakah anda:

SEPANG - Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik empat lelaki Indonesia, Nur Idayu Abd. Aziz akhirnya berjaya dibawa pulang ke tanah air semalam.
Mangsa berusia 34 tahun merupakan ibu kepada tiga orang anak itu dilarikan oleh penjenayah terbabit kira-kira sebulan lalu.
Menurut suami mangsa, Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, dia kini mahu mencari jalan untuk mengubati semula isterinya yang dipercayai dipukau kumpulan penjenayah tersebut.
"Saya hanya mahu pulang dan berjumpa dengan anak-anak di kampung dan mencari kerja di Malaysia selepas terpaksa berhenti kerja di Qatar baru-baru ini," katanya ketika ditemui pemberita di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Artikel Penuh klik sini

Friday, July 12, 2013

Gantung Lembu Mohon Kekayaan

Adakah anda:

BEIJING - Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu.
Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.
Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram.
Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati.
Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka.
Sumber : Ecns.cn 12/07/2013

Wednesday, June 19, 2013

Wanita dakwa kena pukau

Adakah anda:

Petaling Jaya : Seorang wanita warga emas mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau apabila beg tangan mengandungi barang kemas dan wang RM4,000 dibawanya ketika berkunjung ke pasar tani di Seksyen 17 di sini, bertukar menjadi seboto air mineral dan dua air kotak selepas ditegur seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mangsa yang berusia 70 tahun mendakw bertemu lelaki terbabit di pasar berkenaan selepas lelaki itu menegurnya dan bertanya di mana kedai menjual sireh sebelum mereka leka bersembang dalam kejadian sebulan lalu.

Menurut sumber, mangsa juga mendakwa hairan bagaimana dia langsung tidak menyedari beg tangannya bertukar dengan lelaki terbabit sebelum lelaki itu menyerahkan satu bungkusan plastik dan meminta membukaya selepas genap sebulan.

Sumber : Harian Metro 19/06/2013

P/s: Elakkan melihat anak mata mereka, terutama orang yang kita tidak kenali & pengamal ilmu pukau.

Tuesday, June 11, 2013

Mantera Ragut Dara

Adakah anda:
Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.

“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Sumber : Harian Metro 11/06/2013
P/s: Amalkan Surah 3 Qul untuk mengelak disihir

Black Terkena Buatan Orang

Adakah anda:



SHAH ALAM - Black Mentor yang selama ini menyimpan kisah peribadi termasuk hal pertunangannya mengakui ikatan yang dijalin hampir terputus kerana buatan orang.

Tidak tahu punca sebenar sehingga berlaku ‘perang besar’, Black bertindak menemui pakar rawatan alternatif.

Dari situ dia menyedari, mereka terkena buatan orang.

“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan? Tetapi saya diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali.

“Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya,” katanya.

Baru-baru ini, Black dan abangnya terlibat dalam satu kemalangan teruk di Behrang, Perak, ketika pulang daripada menjayakan acara di Kulim, Kedah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Mengakui dugaan orang yang bertunang itu amat berat, ditambah pula status dirinya seorang artis, Black bimbang berdepan ujian yang boleh menyebabkan ikatan mereka terlerai.

Ekoran itu jugalah penyanyi kelahiran program realiti ini enggan mendedahkan identiti tunangannya.

Bukan setakat enggan mendedahkan insan tersayang, Black turut merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan 26 Januari lalu.

Katanya, dia akan memanggil satu sidang media nanti untuk mengumumkan tarikh, tema dan lokasi majlis perkahwinannya.

Sumber : Sinar Harian 11/06/2013

P/s : Mungkin terkena sihir pemisah/pembenci atau Mungkin faktor jiwa mudah mudah panas..

Tuesday, June 4, 2013

Sindiket Pelacuran Guna Voodoo Tumpas

Adakah anda:

Barcelona: Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket menyeludup wanita Nigeria dan memaksa mereka melacur dengan melecurkan mangsa dengan besi panas serta sihir.

Kumpulan itu mendera mangsa dan mengancam mereka dengan sihir untuk memaksa mereka menjual tubuh.
Enam orang termasuk seorang wanita yang dipercayai ketua kumpulan, ditahan selepas seorang mangsa mendedahkan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.

“Sindiket menguasai mangsa mereka, termasuk menggunakan ancaman dan keganasan fizikal serta pelbagai amalan sihir. Mangsa cedera teruk akibat dilecur besi panas,” kata polis.

Kumpulan berkenaan didakwa menyasarkan wanita di Benin City, Nigeria, yang berdepan dengan masalah membesarkan anak selepas kematian suami dan bapa. Mereka membawa wanita terbabit melalui jalan darat ke Maghribi sebelum diseludup dengan menaiki bot kayu ke Sepanyol dan dipaksa melacur di Barcelona dan Malaga.
Sering kali mangsa dibawa ke tempat pemujaan dan diarah meninggalkan barangan mereka. Dengan cara demikian, ia akan memberi kuasa kepada tukang sihir untuk mengawal mangsa dari jauh.

Mangsa dipaksa membayar ‘hutang’ masing dan menyertai kumpulan pelacur. Mangsa hanya menuruti arahan itu kerana bimbang nasib malang menimpa mereka jika ingkar. - DM

Tuesday, May 28, 2013

Puntianak tenggek atas atap

Adakah anda:
Puntianak terbang ke dalam hutan
KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.
Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 28/05/2013

Like & Share with us