Barcelona: Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket menyeludup wanita Nigeria dan memaksa mereka melacur dengan melecurkan mangsa dengan besi panas serta sihir.
Kumpulan itu mendera mangsa dan mengancam mereka dengan sihir untuk memaksa mereka menjual tubuh.
Enam orang termasuk seorang wanita yang dipercayai ketua kumpulan, ditahan selepas seorang mangsa mendedahkan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.
“Sindiket menguasai mangsa mereka, termasuk menggunakan ancaman dan keganasan fizikal serta pelbagai amalan sihir. Mangsa cedera teruk akibat dilecur besi panas,” kata polis.
Kumpulan berkenaan didakwa menyasarkan wanita di Benin City, Nigeria, yang berdepan dengan masalah membesarkan anak selepas kematian suami dan bapa. Mereka membawa wanita terbabit melalui jalan darat ke Maghribi sebelum diseludup dengan menaiki bot kayu ke Sepanyol dan dipaksa melacur di Barcelona dan Malaga.
Sering kali mangsa dibawa ke tempat pemujaan dan diarah meninggalkan barangan mereka. Dengan cara demikian, ia akan memberi kuasa kepada tukang sihir untuk mengawal mangsa dari jauh.
Mangsa dipaksa membayar ‘hutang’ masing dan menyertai kumpulan pelacur. Mangsa hanya menuruti arahan itu kerana bimbang nasib malang menimpa mereka jika ingkar. - DM
No comments:
Post a Comment