Kuang : Seorang suri rumah berperangai ganjil selepas
dimandikan dengan air Yasin yang dicampurkan tanah kubur oleh suaminya bagi
merawat gangguan emosi selepas kematian bapanya. Disebabkan bahana air mandian
itu, suri rumah itu yang dikenali sebagai Munah (bukan nama sebenar), berusia
50-an mula berubah sikap dan sering memberitahu jirannya dia akan meninggal
dunia dalam tempoh terdekat.
Munah minta semua jira menghalalkan makan minum dan
memaafkan kesilapan dan dosanya.
Perangai peliknya itu mengejutkan jiran tetangganya kerana
selama ini Munah tidak pernah berbuat demikian.
Perangai pelik Munah berlaku selepas dia dimandikan dengan
air Yasin yang dicampurkan dengan tanah kuburnya oleh suaminya bagi merawat
emosinya yang terganggu kerana tidak dapat menerima hakikat bapanya meninggal
dunia.
Sejak kematian bapanya Munah banyak menghabiskan masa di
pusara, merintih dan menangis sepuas hati bagi mengubat rindu terhadap orang
tuanya itu.
Suami Munah yang dikenali sebagai Osman akhirnya menemui
seorang ustaz bagi memulihkan gangguan emosi isterinya yang semakin
menjadi-jadi.
Ustaz berkenaan menyuruh Osman baca surah Yasin dan ditiup
ke dalam air serta dicampurkan dengan sedikit tanah kubur untuk dijadikan air
mandian.
Selepas Munah dimandikan selama tujuh hari berturut-turut
sikapnya terus berubah dan dia tidak lagi menziarahi pusara bapanya.
Sebaliknya Munah rajin bertandang ke rumah jiran bercakap
soal kematian. Perangai pelik Munah berlarutan selama setahun sebelum dia
dipulihkan semula oleh Pengamal Perubatan Islam terkenal, Prof Dr Mohd Jahid
Sidek. Dr Jahid berkata, perbuatan Osman memandikan isterinya dengan air
bercampur tanah kubur boleh menjadi sihir.
Bagi memulihkan perangai pelik Munah, Ustaz Dr Jahid
memandikannya dengan air rawatan yang disyifa’kan dengan ayat suci Al-Quran.
“Alhamdulillah, selepas Munah dimandikan dengan air rawatan
yang disyifa’kan itu perangainya kembali normal. Kini dia dapat terima hakikat
kematian bapanya dengan hati yang tenang”, ujar Ustaz Dr Jahid.
Beliau menasihatkan orang ramai jangan sesekali
mempermainkan tanah kubur untuk memenuhi sebarang hajat kerana bimbang perkara
tidak diingini berlaku.
Sumber : Mingguan Warta Perdana - Kisah Benar
No comments:
Post a Comment