Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Thursday, July 5, 2012

Helah Wanita Cantik-Pukau

Helah wanita cantik gagal

BATU PAHAT – Dengan menggunakan wajah cantik dan berbudi bahasa, seorang wanita berusia lewat 20-an berpakat bersama pasangannya dan dipercayai menjalankan kegiatan menipu wang mangsanya dengan cara pukau.

Pengalaman itu dialami seorang bekas guru agama, Mohd Ali Siman, 62, yang didatangi seorang wanita mempunyai loghat dari negara jiran pada Jumaat lalu, ketika dia hendak menunaikan cek di sebuah bank di bandar ini.

Katanya, ketika dia keluar dari kereta dan hendak mengeluarkan cek dari poket bajunya, dia ditegur seorang wanita yang meminta pertolongan.

“Wanita itu cukup bersopan dan cantik. Dia memberitahu memenangi loteri dengan jumlah agak banyak, namun transaksi terbabit tidak boleh dilakukan kerana bukan warganegara dan memerlukan seorang penjamin warganegara Malaysia.

“Wanita terbabit juga memberitahu dia memerlukan wang sejumlah RM20,000 sebagai urusan untuk mengeluarkan wang yang dimenanginya,” katanya kepada Sinar Harian.

Namun begitu katanya, dia berasa berbelah bahagi untuk membantu wanita itu kerana melibatkan perjudian dan wang haram, namun kata-kata untuk menolaknya seolah-olah sukar untuk diluahkan.
Mohd Ali berkata, ketika asyik mendengar penjelasan daripada wanita itu, tiba-tiba seorang lelaki datang menyapa mereka berdua dan bertanyakan mengenai perbincangan berkenaan, seterusnya wanita itu terus bercerita masalah dihadapinya.

“Setelah mendengarnya, lelaki itu mempelawa kami masuk ke keretanya. Saya mula berasa pelik kerana kereta lelaki itu diletakkan seolah-olah bersedia untuk membawa kami.

“Saya, tanpa berkata apa-apa terus mengikut wanita dan lelaki itu. Ketika dalam kereta, saya ditunjukkan tiket loteri dan juga sehelai keratan akhbar tempatan yang menunjukkan nombor sama dimenangi wanita tersebut.

“Saya bertambah pelik apabila disoal oleh kedua-duanya mengenai jumlah wang yang saya miliki di bank. Saya termangu seketika, kemudiannya berdoa agar saya diselamatkan daripada apa juga cubaan penipuan ketika itu," katanya.
Sejurus itu, dia mampu bersuara dan menyatakan kesemua akaunnya tidak mempunyai kemudahan mesin pengeluaran automatik (ATM) dan pengeluaran hanya boleh melalui buku bank yang ditinggalkan di rumah.
Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, wanita dan lelaki berkenaan mengajaknya untuk mengambil buku akaunnya di rumah, setelah berpusing-pusing di bandar ini beberapa kali.

“Sekali lagi saya cuba memberi helah dengan memberitahu kupon meletak kenderaan saya hampir habis tempoh dan mahu menggantikannya dengan yang baru. Kemudiannya, saya terus dibawa ke kereta saya. “Setelah turun, saya masuk ke kereta saya dan perhatikan kereta mereka terus meluru meninggalkan saya. Saya bersyukur kerana terselamat daripada ditipu mereka.

“Setelah difikirkan balik, saya menurut sahaja kehendak mereka seperti dipukau, namun mungkin ALLAH mahu selamatkan saya daripada penipuan ini, usaha mereka tidak berjaya,” katanya
Katanya, setelah bercerita dengan beberapa kenalan rapat, ada yang bertanya kepadanya tentang ilmu yang digunakan sehingga mampu melepaskan diri dari kejadian berkenaan.

“Saya menyatakan supaya sentiasa ingatkan ALLAH, sentiasa berada dalam keadaan berwuduk dan mengaji al- Quran setiap hari.
“Apabila kita sentiasa ingatkan ALLAH, maka ALLAH akan sentiasa ingat kita dan membantu kita apabila kesusahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya masih belum menerima laporan berkaitan kes pukau.

“Jika orang awam menjadi mangsa pukau ini, mereka perlu membuat laporan polis dengan segera supaya tindakan susulan untuk mengenal suspek dapat dilakukan oleh pihak polis.

“Kami nasihat orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jika ditipu atau dipukau, mereka perlu mengambil nombor pendaftaran kenderaan suspek, kenal pasti bahasa digunakan, jumlah suspek, wajah dan juga pakaian yang mereka pakai,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 05/07/2012

P/s : Tetapi jika kita buat laporan polis pun kes sihir seperti pukau, santau atau sealirannya tidak terima polis kerana sukar untuk dibuktikan dengan mata kasar. Mungkin kita perlu sarankan pihak berkuasa supaya kes sebegini diklasifikasikan di bawah akta jenayah sihir.

1 comment:

  1. Salam....kejadian yg berlaku trhadap tuan....bkn kejadian sihir....itu adlah pukau....pukau yg tidak melibatkn sihir....iaitu melibatkn psikologi dan memanipulasi fikiran....wanita trsebut menggunakn kecantikan dan mmbuat rasa simpati kepda mangsa.....seterusnya menggunakn kaedah seperti kta mempercayai dan mengambil berat tentang wanita tu....tpi tuan dpt mengesan taktik dan mencurigainya kerana seorang lelaki seperti tahu tentang permasalahan yg berlaku.....teknik seperti ini ramai org salah anggapnya sebagai sihir....ia cuma cra membingungkn fikiran seseorang....klau masi percaya itu kejadian sihir.....mengapa mereka tidak truz menyihir ramai org yg berada di komplex mmbeli belah....mngapa mangsa yg mereka cari msti seorang jk....sama2lh kita fikirkn.....

    ReplyDelete

Like & Share with us