MUAR: “Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak 
berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan 
beberapa jiran datang menghalangnya.
  “Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di 
kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan 
menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, 
menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit 
Kerinchi, di sini, semalam.
  Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, 
Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu 
depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga 
jiran mangsa.
“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.
“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.
“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.
“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Sumber : Harian Metro 30/05/2012

No comments:
Post a Comment