Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Thursday, May 24, 2012

Kisah Bumi dan Malaikat

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.


Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


*Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini?

1)Al Ankabuut - Ayat 19
'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana
Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

2)Al An'am - Ayat 6
'Apakah mereka tidak memperhatikan
berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.' 

Setiap masa Bumi berkata-kata pada kita yang sering lalai ini, cuma kita sedar atau tidak sahaja... Telah berkata Anas Bin Malik R.A : "Sesungguhnya setiap hari Bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara...".  10 Peringatan Bumi kepada manusia :

  1. Wahai anak Adam!~ Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah (!), engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak...
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan diazab di dalam perutku...
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah (!), engkau akan menangis di dalam perutku...
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan kecewa di dalam perutku...
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan menyesal di dalam perutku...
  6. Engkai makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan dimakan ulat di dalam perutku...
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah (!), engkau akan dihina di dalam perutku...
  8. Engkau berlari dengan riang di atas perutku, tetapi ingatlah (!), engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita...
  9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, tetapi ingatlah (!), engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku...
  10. Engkau hidup di atas belakangku be-ramai2, tetapi ingatlah (!), engkau akan keseorangan di dalam perutku...

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us