Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Monday, May 21, 2012

Kisah Gadis Tidak Mahu Berkahwin

Buku: Syifau'r-Rahman li 's-Sihri wa 'l-Hasad wa Amradi 'l-Jann
Muka surat: 55-60
Penulis: Syeikh Ahmad An-Nuhasi



Suatu hari seorang bapa membawa anak gadisnya yang suka marah2 samada di tempat kerja atau di rumah ke rumah Syeikh Ahmad An-Nuhasi. Anaknya dikatakan mempunyai Ijazah Alamiyah dan mempunyai karier yang baik. Malangnya, anaknya diberitakan tidak mahu berkahwin dan sering menolak lamaran.
Gadis itu kemudiannya didudukkan di hadapan Syeikh. Syeikh Ahmad pun terus membaca ayat2 Al-Quran, seketika kemudian gadis tersebut menggeletar, lalu menjerit sambil matanya terkatup.

Syeikh Ahmad: Dengan Nama Allah, Siapa nama kamu?


Gadis(Suara jin lelaki): Apa kena mengena engkau dengan perempuan ini?


SyeikhAhmad : Jawab soalan aku, jika tidak, aku akan sakiti engkau.


Gadis(Suara jin lelaki): Engkau suruh aku cakap?


Syeikh Ahmad : Ya... adakah engkau muslim?


Gadis(Suara jin lelaki): Ya, aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.


Syeikh Ahmad : Adakah kau seorang khadam, adakah makhluk lain bersama kamu?


Gadis(Suara jin lelaki): Tak, aku hanya sendiri, tidak ada yang lain.


Syeikh Ahmad : Kenapa kau masuk dalam badannya, sejak bila?


Gadis(Suara jin lelaki): Dia pernah jatuh menghempap aku, aku masuk ke badannya sejak 10 tahun lalu.


Syeikh Ahmad : Di mana dia jatuh?


Gadis(Suara jin lelaki): Di tangga rumahnya.


Syeikh Ahmad : Macam mana kau boleh masuk rumahnya? Adakah kau masuk melalui syarak?


Gadis(Suara jin lelaki): Macam mana jalan syarak yang kau maksudkan?


Syeikh Ahmad : Firman Allah, "Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam kepada yang empunya. Demikian itu lebih baik baik bagimu, mudah2an kamu mendapat peringatan."


Gadis(Suara jin lelaki): Aku tak buat begitu.


Syeikh Ahmad : Itu kesalahan pertama, akan dibalas oleh Allah jika kau tidak bertaubat. Kesalahan kedua, kau telah masuk ke dalam badannya selama sepuluh tahun dan telah mengubah perilakunya, dan ini kesalahan besar. Kau akan di soal di hadapan Allah kelak.


Gadis(Suara jin lelaki): Tapi aku sayangkan perempuan ini, dan tak akan meninggalkannya dalam keadaan apapun.


Syeikh Ahmad : Siapa yang menyebabkannya menolak pinangan orang yang hendak mengahwininya?


Gadis(Suara jin lelaki): Aku, kerana aku sayang kepadanya.


Syeikh Ahmad : Macam mana kau boleh buat begitu?


Gadis(Suara jin lelaki): Setelah perempuan ini melihat orang datang meminangnya, aku akan jadikan orang yang meminang itu kelihatan hodoh pada pandangan perempuan ini hingga timbul rasa benci yang bersangatan.


Syeikh Ahmad: Ini satu dosa lain. Kau akan dihisab di hadapan Allah.


Gadis(Suara jin lelaki): Dia milikku. Aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku mati.


Syeikh Ahmad: Dengan nama Allah, aku telah memberi peringatan kepada engkau, tetapi engkau tetap engkar. Dengar apa yang aku baca.


Setelah itu, Syeikh pun membaca ayat2 Al-Quran yang boleh menyebabkan jin tersebut berasa panas.


Gadis(Suara jin lelaki): Aku akan keluar !


Berulangkali juga Syeikh menasihatkan jin tersebut supaya keluar dan bertaubat, dan mencari isteri di kalangan jin. Setelah membuat perakuan, jin itu akhirnya keluar.


Perempuan tersebut akhirnya sembuh dan mendapat jodoh tidak lama selepas itu.

No comments:

Post a Comment

Like & Share with us