DUA gambar menunjukkan Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, Chile. Gambar bawah dirakam pada 2 April lalu.  
SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di 
Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya 
meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas. Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia 
yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke 
selatan ibu kota Chile, di sini. Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik 
tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah 
sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu. Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang. Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker. "Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami 
dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, 
Daniela Carrion. Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II
 bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP
Terbaca di kosmo online, mengenai tasik menjadi kering dalam tempoh kurang 24 jam. Maka saya teringat pada pesanan para Wali Allah dan roh serta jin selalu berpesan pada saya. Dunia sudah tidak lama lagi. Manusia semakin lupa dan lalai terhadap Sang PenciptaNya. Oleh itu Allah mahu menunjukkan kebesaranNya samada manusia itu sedar atau terus leka.
"Oleh itu akuilah Kesucian Allah dengan mengucap SUBHANALLAH.Tuhan yang 
memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada-Nya kamu semua 
dikembalikan." (QS.Yasin:83) 

No comments:
Post a Comment