Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Monday, May 7, 2012

Siapakah Wali Allah Sebenarnya?



Telah beribu-ribu orang Wali Allah telah lahir ke dunia ini dari tarikh manusia ujud sehingga ke hari ni dan akan lahir beribu-ribu lagi Wali Allah sehingga hari kiamat. Ramai dari kita tidak dapat membezakan Wali Allah dengan guru agama biasa. Ramai dari kita percaya guru agama, penyebar agama, pengembara, peniaga dari negara Arab, orang-orang dari negara Arab sebagai Wali Allah. Sebenarnya semua mereka bukannya Wali Allah sebaliknya ada Wali Allah di kalangan mereka. Ada juga orang yang percaya bahawa Wali Allah hanya akan lahir dalam kaum Arab. Ini suatu tanggapan yang salah.
Ramai di antara kita yang percaya bahawa : Orang yang selalu pakai kopiah putih, Pakai serban putih, pakai Jubah putih, pengajar Agama Islam, pengubat tradisional, orang yang cakap benda-benda yang pelik- cakap sesuatu yang kita tidak faham, semuanya Wali. Kalau ada kubur yang pelik sedikit, Kalau ada kubur terbiar dalam hutan – pun Wali.
Betul ke mereka semua ini Wali?. Siapakah Wali Allah Sebenarnya?
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. (Yunus: 63)


Jika kita melihat seorang Wali Allah tentu kita tidak akan mengaku mereka sebagai Wali Allah oleh kerana sifat rendah diri mereka dan pakaian yang serba biasa. Pakaian yang mereka gunakan biasanya berhubung dengan kaum mereka
Pakaian Wali Allah selalunya serba biasa dan tanpa sebarang hiasan. Biasanya Wali Allah akan memakai pakaian serba putih sebagai tanda kesucian hati dan iman mereka. Mereka tidak mengiasi diri mereka atau memilih pakaian yang mewah kerana bagi mereka dunia ini hanyalah sebuah mimpi yang langsung tidak bernilai.
Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

Nabi Muhammad SAW ialah Mahaguru bagi sekalian umat Islam dan Wali Allah. Oleh itu kaedah ibadah dan sembahyang Wali Allah tetap sama seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Semua Wali Allah akan membanyakkan sembahyang, zikir, berpuasa dan meditasi. Ada juga Wali Allah yang bertapak dalam hutan, gua dan bukit. Ada juga segelintir Wali Allah yang menggunakan beberapa kaedah yang lain.
Walau bagaimana pun tiada Wali Allah yang akan melanggar sebarang ajaran Nabi Muhammad SAW dan Al Quran Karim.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak  (Al-Ahzaab: 21)





No comments:

Post a Comment

Like & Share with us