Kadang-kadang
masalah juga bila orang cerdik terlebih cerdik, mereka beranggapan syaitan dan
jin adalah perkara tahyul atau kurafat. Mungkin sebab itu mereka menganggap
syaitan, jin dan iblis itu adalah suatu imiginasi dari halusinasi disebabkan
oleh keletihan dan stress. Hairan juga orang seperti ini mengucapkan dua
kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
tetapi memegang iktikad mazhab moden barat seperti ini? Terlalu banyak dalil
mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis dalam Al-Quran dan Hadis.
Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang
Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh
terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat
dan berpindah".
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit
dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah
banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur
Nama Jin, Syaitan dan Iblis itu kadangkala mengelirukan kerana sifat
kaumnya, tetapi setiap satunya memiliki perbezaan dari segi maksudnya.
Jin
Di
dalam Al Quran, Allah SWT ada menyebut beberapa kali mengenai jin,
sehinggakan ada surah yang khusus untuk bangsa ini iaitu Al-Jin.
Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api.
Allah SWT menerangkan bahawa jin itu diciptakan daripada api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat daripada nyala api.
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum daripada api yang sangat panas.(Al Quran, Surah Al-Hijr: 27)
Dan Dia menciptakan jin daripada nyala api.(Al Quran, Surah .Ar-Rahman: 15 )
Jin ada yang muslim dan ada yang tidak
Jin
adalah satu bangsa, seperti manusia juga. Jika manusia ada yang muslim
dan ada yang kafir. Jin pun ada yang muslim dan ada yang kafir.
Allah SWT berfirman menerusi ayat berikut:
Dan
sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara
kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza-beza. (Al Quran, Surah Al-Jin: 11 )
Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman AS. Sebagaimana diterangkan di dalam Al-Quran:
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas. (Al Quran, Surah An-Naml: 17 )
Dan
Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk
perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa
sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa
sebulan; dan Kami alirkan baginya matair daripada tembaga; dan (Kami
mudahkan) sebahagian daripada jin untuk bekerja di hadapannya dengan
izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng daripada
perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
(Al Quran, Surah Saba': 12 )
Para jin itu membuat untuk Sulaiman
apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung
dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap. Bekerjalah
hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali daripada
hamba-hambaKu yang berterima kasih. (Al Quran, Surah Saba': 13)
Syaitan
Menurut Al-Quran, syaitan adalah makhluk yang kerjanya mengajak manusia berbuat jahat dan berbohong.
Mengajak kepada Perbuatan Keji
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya
syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah:
169)
Syaitan adalah Musuh Manusia (satu label terhadap manusia atau jin)
Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia:
Hai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)
Memberi Janji dan Angan-angan KosongSyaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.
Syaitan
itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka
selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )
Manusia pun ada yang Syaitan Juga
Namun
Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja,
melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan
Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:
Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu
syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada
sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu.
Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah
Al-Anam: 112)
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan manusia.
Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa
bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan
manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )
Iblis
Sedangkan
Iblis adalah makhluk derhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis
manusia. Al-Quran secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah
daripada jenis jin.
Dan ketika Kami berfirman kepada para
malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali
Iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka ia menderhakai perintah
Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai
pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat
buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (Al
Quran, Surah Al-Kahfi: 50)
Jadi boleh dikatakan bahawa Iblis itu
adalah seorang oknum yang berjenis jin. Dialah dahulu jin yang paling
dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu
diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama.
Dan
ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam,"
maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia
termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al Quran, Surah Al-Baqarah:
34)
Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada
Adam tidak lain adalah sifat sombong dan riak. Dia merasa dirinya jauh
lebih baik daripada Adam. Allah berfirman:
"Apakah yang
menghalangimu untuk bersujud pada waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis,
"Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang
dia Engkau ciptakan daripada tanah." (Al Quran, Surah Al-Araf: 12 )
Ciri
yang paling utama daripada Iblis adalah dia kekal hidup hingga ke hari
kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah
SWT.
Iblis menjawab, "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka
dibangkitkan." Allah berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang
diberi tangguh." (Al Quran, Surah Al-Araf: 14-15)
Iblis berkata,
"Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan." Allah
berfirman, "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,
sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." (Al Quran, Surah
Shaad: 79-81 )
Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup pada
masa penciptaan Adam AS. dan tidak mati-mati sampai ke hari ini. Iblis
adalah nenek moyang syaitan yang juga mempunyai keturunan, namun
keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat.
Dan sebagai bangsa jin, ada antara keturunannya itu yang mati. Meski
barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan
mati juga. Kecuali nenek moyang mereka iaitu Iblis.
Sumber:
Disusun
dan disunting semula oleh Amiene Rev berdasarkan keterangan Ustaz Haji
Ahmad Sarwat, Indonesia, yang disiarkan menerusi laman web
www.eramuslim.com.