Salam Sejahtera pada para pelawat


ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.
Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. M
atlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.

Wednesday, June 19, 2013

Wanita dakwa kena pukau


Petaling Jaya : Seorang wanita warga emas mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau apabila beg tangan mengandungi barang kemas dan wang RM4,000 dibawanya ketika berkunjung ke pasar tani di Seksyen 17 di sini, bertukar menjadi seboto air mineral dan dua air kotak selepas ditegur seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mangsa yang berusia 70 tahun mendakw bertemu lelaki terbabit di pasar berkenaan selepas lelaki itu menegurnya dan bertanya di mana kedai menjual sireh sebelum mereka leka bersembang dalam kejadian sebulan lalu.

Menurut sumber, mangsa juga mendakwa hairan bagaimana dia langsung tidak menyedari beg tangannya bertukar dengan lelaki terbabit sebelum lelaki itu menyerahkan satu bungkusan plastik dan meminta membukaya selepas genap sebulan.

Sumber : Harian Metro 19/06/2013

P/s: Elakkan melihat anak mata mereka, terutama orang yang kita tidak kenali & pengamal ilmu pukau.

Tuesday, June 11, 2013

Mantera Ragut Dara

Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.

“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Sumber : Harian Metro 11/06/2013
P/s: Amalkan Surah 3 Qul untuk mengelak disihir

Black Terkena Buatan Orang




SHAH ALAM - Black Mentor yang selama ini menyimpan kisah peribadi termasuk hal pertunangannya mengakui ikatan yang dijalin hampir terputus kerana buatan orang.

Tidak tahu punca sebenar sehingga berlaku ‘perang besar’, Black bertindak menemui pakar rawatan alternatif.

Dari situ dia menyedari, mereka terkena buatan orang.

“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan? Tetapi saya diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali.

“Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya,” katanya.

Baru-baru ini, Black dan abangnya terlibat dalam satu kemalangan teruk di Behrang, Perak, ketika pulang daripada menjayakan acara di Kulim, Kedah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Mengakui dugaan orang yang bertunang itu amat berat, ditambah pula status dirinya seorang artis, Black bimbang berdepan ujian yang boleh menyebabkan ikatan mereka terlerai.

Ekoran itu jugalah penyanyi kelahiran program realiti ini enggan mendedahkan identiti tunangannya.

Bukan setakat enggan mendedahkan insan tersayang, Black turut merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan 26 Januari lalu.

Katanya, dia akan memanggil satu sidang media nanti untuk mengumumkan tarikh, tema dan lokasi majlis perkahwinannya.

Sumber : Sinar Harian 11/06/2013

P/s : Mungkin terkena sihir pemisah/pembenci atau Mungkin faktor jiwa mudah mudah panas..

Tuesday, June 4, 2013

Sindiket Pelacuran Guna Voodoo Tumpas


Barcelona: Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket menyeludup wanita Nigeria dan memaksa mereka melacur dengan melecurkan mangsa dengan besi panas serta sihir.

Kumpulan itu mendera mangsa dan mengancam mereka dengan sihir untuk memaksa mereka menjual tubuh.
Enam orang termasuk seorang wanita yang dipercayai ketua kumpulan, ditahan selepas seorang mangsa mendedahkan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.

“Sindiket menguasai mangsa mereka, termasuk menggunakan ancaman dan keganasan fizikal serta pelbagai amalan sihir. Mangsa cedera teruk akibat dilecur besi panas,” kata polis.

Kumpulan berkenaan didakwa menyasarkan wanita di Benin City, Nigeria, yang berdepan dengan masalah membesarkan anak selepas kematian suami dan bapa. Mereka membawa wanita terbabit melalui jalan darat ke Maghribi sebelum diseludup dengan menaiki bot kayu ke Sepanyol dan dipaksa melacur di Barcelona dan Malaga.
Sering kali mangsa dibawa ke tempat pemujaan dan diarah meninggalkan barangan mereka. Dengan cara demikian, ia akan memberi kuasa kepada tukang sihir untuk mengawal mangsa dari jauh.

Mangsa dipaksa membayar ‘hutang’ masing dan menyertai kumpulan pelacur. Mangsa hanya menuruti arahan itu kerana bimbang nasib malang menimpa mereka jika ingkar. - DM

Like & Share with us