JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh
meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya
membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.
Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25,
berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik
perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.
Katanya, dia terpengaruh mendapat khidmat bomoh yang dikenali
sebagai Ali, 40-an, selepas lelaki itu mengakui dirinya ustaz dan
menjalankan rawatan secara tradisional mengikut cara Islam.
“Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan,” katanya ketika ditemui.
“Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan,” katanya ketika ditemui.
Dia berkata, bomoh itu mendakwa boleh mengubat secara ghaib, termasuk
berhubung terus dengan Allah menerusi jin yang menurun dalam badan
pembantu peribadinya.
Sumber : Harian Metro 10/09/2012
P/S : Allah menceritakan kepada kita dalam al-Quran, saat-saat kematian sebagai berikut:
“Maka mengapa ketika nyawa sampai
di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih
dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat.” (Al-Waqi‘ah: 83-5).
Jadi, jangan percaya kepada bomoh, jangan juga percaya kepada doktor yang mungkin menyatakan seseorang itu hanya akan tinggal beberapa hari atau bulan lagi untuk hidup kerana apapun ramalan manusia cuma jika dizinkan Allah, ada insan yang mengetahui kematian seseorang namun tidak tahu bila saatnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui RahsiaNya
No comments:
Post a Comment