Salam Sejahtera pada para pelawat
ALLAH berfirman yang bermaksud: "(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"(Surah Al-Baqarah, Ayat 3).
Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai rahsia sang Maha Pencipta.
Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihannya.Blog ini ditulis sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri menjaga isteri yang disihir, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Pada mereka yang terkena, saya faham perasaan anda. Mencari jalan untuk menyembuhkan serta berjumpa bermacam-macam perawat dimana kita sendiri tidak pasti menggunakan rawatan yang betul,samada menggunakan ilmu 'putih @ hitam'..Itulah dunia mistik, jika elok maka putih la...jika sebaliknya anda sendiri akan mengetahuinya....
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. Matlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.
Jika anda ada pengalaman, cerita, gambar atau video mistik boleh dikongsikan bersama sekadar untuk renungan dan peringatan pada semua. Matlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan qadar Allah.
Thursday, September 19, 2013
Bayi menderita sukar tidur
GUAL PERIOK - Kepanasan menyebabkan seorang bayi berusia sembilan bulan dari Kampung Tersang tidak dapat melelapkan mata, sejak tiga bulan dilahirkan.
Pengamal Pusat Perubatan Islam at-Tobibi, Datuk Ustaz Shamsuri Shafie berkata, orang lain mungkin berasa sejuk setiap kali menyentuh kulit pesakit tetapi sebaliknya pesakit pula berasa kulitnya panas.
“Kita percaya adik Lia Nur Zahirah Osman diganggu oleh saka keluarga atau makhluk halus (iblis).
“Ia menyebabkan bayi malang ini mengalami rasa penat melampau dan hilang selera makan, seterusnya kurang zat makanan. Sebab itulah tubuh badan adik Lia Nur Zahirah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.
Dalam pada itu, Shamsuri turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengamalkan teknik perubatan menjurus ke arah tahyul dan syirik, sebaliknya kembali kepada perubatan Islam.
Menurutnya, jika usaha dilakukan berjaya mengubati penyakit bayi tersebut, ia adalah satu rahmat kepada keluarga berkenaan.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, sebelum ini dia mendapatkan tangkal daripada seorang bomoh dari Thailand.
Sejurus selepas itu katanya, anak bongsunya sukar tidur, menangis tanpa henti dan sering mendongak ke atas seakan-akan melihat sesuatu.
“Bayi seusianya sepatutnya tidur 15 hingga 20 jam sehari, namun kekurangan tidur menyebabkan badannya kepenatan seterusnya menjurus kepada masalah lain.
“Selepas mendapatkan rawatan secara Islam, saya amat gembira kerana Lia Nur Zahirah dapat tidur dengan lebih nyenyak dan kurang menangis," katanya selepas menerima sumbangan hamper makanan dan wang tunai daripada Sinar Harian dengan kerjasama beras Era Bayam Kota, Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad, Pusat Perubatan Islam al-Tobibi dan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK).
Sumber: Sinar Harian 19/09/2013